Friday, August 12, 2011

Sedarkah Kita akan DOSA kita...

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Sekadar renungan..buat kita....yang lalai.alpa...

Dosa Peringkat Pertama..

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.........
  
Dosa Peringkat Kedua...

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..


Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku...ampunilah dosa yg aku nampakkan, dosa yg aku sembunyikan, atau dosa yg hanya Engkau shj yg mengetahuinya...

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. "Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahualam..."

Thursday, August 11, 2011

Apa Itu CINTA??

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Cinta.. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita x terlepas drp memperkatakan tentang cinta monyet yg menjadi nadi pada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta spti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai n memahami erti cinta yang sebenar2nya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan 1 fitrah yg ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada 1 perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.Cinta yang hanya berpaksikan tuntutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan n ketenangan. ...                                                           Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia n membawa kepada kemaksiatan n kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian n pertimbangan akal fikiran yang waras. Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata2 hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh sbb 2 la, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dngan lebih memahami makna n erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jngan hanya membuta tuli n ikut tuntutan nafsu ja.Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti n menodai sosial sehingga ada yg sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:                                                                               1. Cinta kepada Allah. Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. Firman Allah s.w.t:“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)                                                                                                    2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.                                                                                                                                    Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)                                                                  3. Cinta Sesama MukminPerasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. Maksud firman Allah s.w.t:“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)                                                                                          Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.                                                                                                                  Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras.                                                                                                         Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa...

Buatmu, bakal Isteriku...

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Buatmu,

Bakal isteriku...

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang muslimah yang akan bersama-samaku membina Baitul Muslim sebagai melengkapi separuh daripada agamaku. Itulah dia hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar sentiasa menjadi muslimin yang sentiasa menjaga dari setiap aspek diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk bakal isteriku, iaitulah dirimu suatu hari nanti.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana perempuan kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana perempuan kerana aku tidak mahu mengenali perempuan lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan perempuan. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga. Akan aku palingkan wajahku daripada perempuan yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku.
Aku tidak ingin dipandang baik oleh perempuan. Biarlah aku hanya tampak kebaikan di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai perempuan sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan perempuan bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang perempuan yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang lelaki lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan perempuan yang baik menjadi isteriku, aku juga perlu menjadi lelaki yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang perempuan yang bakal menjadi isteriku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan perempuan lain. Perempuan itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang perempuan secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. perempuan itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘man intuition’ku yang mengatakan perempuan itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang lelaki yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti lelaki lain, memiliki seorang muslimah solehah yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, bersamaku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah bidadari yang mampu mendebarkan jutaan lelaki untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi..

Aku akan berasa amat bertuah andai kau dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganku. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya kaulah yang ditakdirkan meniup semangat juangku, menghulurkan tanganmu untuk aku berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Dan kau kesat darah dari lukaku dengan tanganmu sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahan kita sekiranya harta itu membuatkan kita lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama kita. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal suamimu...
Ya Allah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk-MU Ya Allah Tuhan Sekalian alam..
p/s: SubhanAllah, hebat sesiapa yg telah menjadi seperti ini..Ya Allah, bagaimana pula kedudukan aku...hanya kpd Allah sebaik2 tempat untuk kembali..jgn biarkan cinta manusia melebihi cinta kita kpd Allah swt..

Wednesday, July 20, 2011

Mestica - Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rindang kasih-Mu..Ilaahi Robbii..

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

(shha.... ^_^ )


Saturday, July 16, 2011

Hadapi Dengan Senyuman

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar...


Puji-pujian hanya buat-MU Ya Allah...KAU berikan ujian itu dan ini sebagai tanda kasih sayang ENGKAU kpd kami..Tanpa ujian apalah makna kami menumpang di muka Bumi-MU ini..maka setiap ujian itu hadapilah dengan senyuman... ana suka dgn lagu ni sbb time2 DOWN dgn ujian boleh ambik iktibar drpda lagu ni..Best....hurm...Layannnnnn....
[Verse 1:]
Hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi, biar terjadi
Hadapi, dengan tenang jiwa,
semua, ‘kan baik baik saja

[Verse 2:]
Bila ketetapan Tuhan,
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada, yang bisa merubah,
dan tak ‘kan, bisa berubah

[Reff:]
Rela, kanlah saja ini,
bahwa semua, yang terbaik
Terbaik, untuk kita semua,
menyerahlah, untuk menang.. 


Thursday, July 7, 2011

Teringat akan Pesanan itu...


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
SubhanAllah....Alhamdulillah...Allahuakhbar...
Puji-pujian hanya buat Sang Pencipta..yang menciptakan langit serta seisinya..yang melimpahkan satu nikmatnya daripada seratus nikmat yg dijanjikan-Nya..tetapi satu Rahmat yg ada itu sudah mencukupi bahkan melimpah ruah kepada seluruh isi alam ini..dan DIA berjanji bahawa masih ada 99 Rahmat di syurga kelak buat hamba2-Nya yg terpilih..seperti mana sabda Rasulullah saw brmksd: 
“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang. 
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
 
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
 
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.
” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah.....adakah kita yg mnjadi pilhan-Nya??
saat ini kita bernafas, adakah pernah Allah mengeluarkan bil seperti bil broadband, bil telefon, bil air, bil elektrik atau Bill Gate atau apa2 BIL YANG PERLU KITA BAYAR??
kalau Allah nak DIA berhak utk cas setiap 20cm3 (sentimeter padu) Oksigen (O2) dan sebagainya dgn jumlah RM 0.25.. 
boleh juga DIA cas 200cm3 pertama dgn kadar RM 0.25 (warna kuning ni xsensitif ke??hehe) dan 100cm3 seterusnya dgn kadar RM 0.40...Tapi Allah x menzalimi makhluk2-Nya..
Allah xkedekut bahkan DIA bagi secara adil..
tak kiralah makhluk-Nya tu igt kat DIA ke x...Rindu kat DIA ke x..Sayang kat DIA ke x..Cinta kat DIA ke x, DIA bg ja semua makluk DIA oksigen tu 
"FREE UNLIMITED..."

Saat ini kita masih boleh buat itu dan ini..

Saat ini kita masih mampu bercakap itu dan ini..
Saat ini kita masih mampu berjalan ke sana dan ke mari..
Tapi sedarkah kita SAAT itu dan SAAT ini adalah milik DIA..
Masa itu pun milik DIA..
Allah...segala2nya MILIK DIA...
takdak apa pun milik kita...
tapi kenapa kita angkuh??
kita ego sesama manusia..
Bertelingkah antara sesama manusia bahkan seagama..
Kita sangka kitalah hebat..
Kita sangka kitalah yg paling kaya..
Kita sangka kitalah yg paling banyak itu dan ini..
Kita sangka......dan kita sangka....dan kita terus bersangka itu dan ini milik kita....
INGATLAH, KITA TAK PUNYA APA-APA DI MUKA BUMI NI...
tugas dan tujuan hidup kita adalah beribadah kpd Allah..
Jadi, perlakukanlah apa2 pun perkara yg baik dgn niat IBADAH kerana Allah..
seperti mana Firman Allah yg bermaksud: 
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah) kepada-Ku". (Az-Zaariyat:56)

dan jagalah juga hubungan kita sesama manusia..jangan bertelingkah dan jangnlah terputus Silaturrahim...Firman Allah yg brmksud: 

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil"

Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan:

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."


2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

p/s: InsyaAllah ana akan cuba utk tdk bersangka buruk kepada orang lain lagi..kena mujahadah dan sentiasa mujahadah..dan segala apa yg ada dlm blog ni adalah ingatan dan teguran buat diri sendiri.. kalau ada yg berkaitan dgn perasaan tu pulak sbnrnya dpt Ilham tp bukan ilham aina sumayyah, bukan ilham alisya, bukan ilham adawiyah, bukan ilham aisya humaira dan sebagainya tapi yg sbnrnya ialah ilham dari sumber (boleh jadi seseorng, buku, benda etc) yg memberikan idea dan harapan untuk diHARAPkan..ilham sendiri dan bukan copy-copy and paste..hehe


Wassalam.. 

Monday, July 4, 2011

Rindu si dia yg Bernama Adawiyah..

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Alhamdulillah, masih lagi mampu menaip huruf2 di laptop ni..bkn mudah nak menaip ni kalau bukan dgn izin dan bantuan dari Allah SWT..
Alhamdulillah...tenang sikit fikiran ni lps berakhirnya satu program semalam..kursus motivasi utk pelajar2 SPM dan STPM yg bakal menduduki peperiksaan mereka.."Bittaufiq wannajah fil imtihan"..seramai 1000 pelajar dari sekolah2 daerah Sembrong, Johor dan dari daerah Pekan, Pahang yg datang ke UiTM Shah Alam di bawah kendalian kami Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2011/12 dgn bantuan 187 mentor terdiri darpada pelajar2 UiTM..
insyaAllah, kalau betul niat kita pasti Allah akan mudahkan..yakin dengan janji Allah ye semua..ingatan utk diri sendiri juga..tapi, bukan ni yg ana nk kongsikan tapi kenangan berjumpa dgn kekasih hati..hehe..namanya Adawiyah...Comel....Cantik...Pemalu...Manja... dan mcm2 lagi lah ragamnya yg membuatkn ana jatuh hati kat Ada (Adawiyah) ni..
permulaan perkenalan ana dgn dia bila ana terpandang dia yg tengah makan semasa kami (urusetia) mengadakan makan malam BBQ..dia yg ana perhatikn dari jauh ja dgn beberapa org lagi tengah asyik makan..Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT utk semua mlm tu..mewah makanan malam tu smpai hati terdetik, "Ya ALLAH, saat kami kenyang di sini dgn makanan yg berlonggok2 tapi saudara2 kami di Palestin, Libya, Syria, Iraq, Afganistan dan di mn2 lg yg kurang makanan, yg makanannya hanya roti kering dan air, yg kadang2 xde makanan pun dan terpaksa berpuasa kadang2 kami lupa mereka.. Allah...jadikanlah kami hamba2MU yg sentiasa bersyukur dan KAU bantulah saudara2 kami di sana Ya Allah.."
Adawiyah makan agak comot..(gelak dlm hati ni tgk gelagat dia..hehe)..makan pun comel..ana beranikan diri utk tegur si dia yg comel tu..
ana: "Hai!..sp nama ni??"
Ada: "Ada.. (Adawiyah jawab org di sebelahnya)..dia jwb sambil muka malu2..hehe"
ana: "Oo..mkn ap ni??sedap x??"
Ada: "^_^ (dia senyum je..)"
ana: "umur berapa??"
Ada: "due tun (2 thn)" ..hehe..comel cara dia jawab.. (Oooo..2thn..mesti anda semua pk lain td kan??)
ana: "da syekolah ke blm"
Ada: "tak tauu (sambil mulutnye yg comot tu muncung ke dpn..)"
ana: "ok..bye2.. (ana pi ambik air..)"
Sedang kat situ ada urusetia perempuan kacau Ada pulak..jeles ana..hurm...
tapi yg bestnye Ada xlayan..urusetia perempuan tu cuba ambik tp dia xnak..hehe
ana pn pi dekat Ada semula..
ana: "Ada, nak ikut x??jom ambik air...(sambil tangan disambut baik oleh si comel Ada..)hehe..jeles urusetia perempuan tu.. ^_^"
Ada: "senyum je sambil jalan terketek2.."dia ni xnak kat perempuan kot..nak kat lelaki je..hehe..
ana: "(angkat dan dukung si comel Ada ni dgn penuh kasih sayang sprti seorg ayah..)"
terima kasih ye si comel Adawiyah..rindu kat Ada tau.. ^_^..
semoga dah besar nanti jadi anak yang solehah, beriman, dan mnjadi mujahidah yg mmperjuangkan agama Allah ni..

Adawiyah yang comel...

p/s: Adawiyah ni anak salah seorang guru pengiring dari Pahang..