Monday, June 29, 2015

Tinggalkan Cinta Yang Belum Halal

Bismillah..

Berkurun tak kemas kini blog ni..kesian kan...
 Sebagai permulaan, sedikit perkongsian daripada al-faqir..moga bermanfaat

Salam Ramadan kareem...



Thursday, March 14, 2013



NIKMAT ALLAH SWT

Bismillahirrahmanirrahim…

Jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi…tersedar dari lena yg pendek namun penuh kepuasan akibat daripada sakit kepala, syukur ke hadrat Allah swt kerana masih meminjamkan diri yg lemah ni dgn kudrat dan kesihatan serta nikmat IMAN dan ISLAM..

Blog Tanpa Allah Siapalah Aku kucari di Google…ya, masih wujud namun bila dilihat post terakhir ialah kira-kira lebih daripada SETAHUN yg lepas atau 1 year ago..MasyaAllah..lama dah tu..bukan setakat bersawang, tapi dah berkarat..tiadakah bertuan lagi blog ni??mungkin ini persoalan yg bermain di minda teman2 dan shbt2 yg pernah berkunjung di blog Tanpa Allah Siapalah Aku ni..jawapannya TIDAK kerana blog ini masih bertuan cuma gagalnya diri yg lemah ni dalam menyusun waktu menaip huruf-huruf di keyboard laptop berkongsi ilmu yg bermanfaat dgn semua teman2..mungkin juga terlalu menimbun dosa yg terlekat di hati sy ni sehingga Allah SWT tak mengilhamkan idea utk menulis penulisan yg terbaru di blog ni..
Astaghfirullah hal ‘adhim (“Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung)

Perkembangan Terbaru

Syukur kpd Allah SWT yg mengurniakan nikmat yg tak putus2 kpd diri yg lemah ni..kini, sy sudah bergelar Alumni mahasiswa UiTM Shah Alam..insyaAllah, bakal berkonvokesyen pada Mei 2013 ni dengan membawa gelaran sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda..

http://konvokesyen.uitm.edu.my/

ini perkembangan terbaru sy..namun perlukah aku mendabik dada dgn segulung ijazah ni?? Ha, tembakan padu utk diri yg lemah ni… jawablah dgn penuh keikhlasan bhwa semua NIKMAT ni adalah UJIAN dari Allah swt..segulung ijazah cuma pinjaman dari Allah swt.. Firman Allah swt yg bermaksud:

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?
(Ar-Rahman : 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77)


Ha, banyak kan Allah swt soal kita tentang NIKMAT? Maka, syukurilah setiap nikmat yg Allah berikan dan pinjamkan kpd kita..

Mata mula ditongkat dgn jari, mulut pulak dah ditutup berkali2...bantal pula dah mula memanggil2...istighfar, istighfar...istighfar..Baginda Nabi SAW mengajarkan kita supaya beristighfar memohon keampunan Allah swt sblm kita tidur..mengucap dua kalimah syahadah sblm tidur..memaafkan semua kesalahan2 makhluk Allah swt sblm tidur...dan membaca doa sblm tidur serta byk lagi amalan2 sunat sblm kita tidur..

Secoret perkongsian yg serba kekurangan, sgla khilaf mohon teguran teman2...doakan ambe istiqamah dalam perjuangan Islam dan penulisan..sekian dulu utk kali ni..

Wassalam.. ^_^

Saturday, March 3, 2012

Langkah Yang Semakin Lemah

Setiap langkah kita perlukan kekuatan..
Tanpa kekuatan, langkah demi langkah itu xkan mampu dan terdaya..
Bagi yang meyakini bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Allah swt, maka pasti kepada Allah swt dimohon dan dirayu agar diberikan kekuatan untuk melangkah lagi..
Namun, kadang kala Allah swt sengaja menguji hambanya yang memohon kepada-NYA..
Bukan DIA tdk mendengar atau tdk ambik tahu permintaan hambanya, tetapi itulah ujian dari-NYA untuk menilai hamba2NYA yg benar2 beriman kepadaNYA..
Firman Allah swt: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut: 2)
Ujian itu menyakitkan bukan?
Namun, bagi yg melihat ujian itu dari sudut tarbiyah diri, maka ujian itu menjadi sesuatu yg cukup indah..bagi HATI YANG SIHAT, dia akan meyakini bahawa ujian itulah yang menandakan Allah masih memandang dia..
Apabila ujian dilihat dari sudut yang positif, maka teruskanlah melangkah..Cuma, langkah selepas itu tdk lagi sama seperti dulu..kadang-kala lemah dan mengundang putus asa..walaupun hati meyakini akan janji-janji Allah, tapi langkah tetap tdk mampu diteruskan sama seperti dulu..langkah semakin kecil dan semakin mengecil dan akhirnya terjatuh..tersungkur muka ke Bumi Allah swt ni..
Tidak ada yang menolong..tdk ada yang membantu..juga tdk ada yang melihat saat dan ketika itu..hanya diri yang keseorangan menanti hadirnya bantuan dan pertolongan..apa yang ditunggu hanyalah pertolongan daripada Allah swt..tunduk akur mencium tanah, menyembah ke Bumi meruntuhkan ego diri yg selama ini menguasai..
Saat itu, mampukah diri untuk bangun berdiri??Mampukah dikuatkan hati untuk meneruskan langkah lagi??Bantulah Ya Allah..Kuatkanlah diri yang lemah ini ya Allah.. T_T
muhammadsyafik.blogspot.com

Friday, March 2, 2012

Dia pernah mencintaimu . . .

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
(Persoalan sahabat)
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
(satu keanehan)
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
(Cinta yang luar biasa)
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Monday, February 6, 2012

Sambut Maulidur Rasul bukan Bid'ah...

Sambutan Maulidur Rasul adalah tanda CINTA kita kepada Baginda Nabi Muhammad  ï·º 

Sambutan selagi bertujuan rai hari kebesaran Islam bukan bidaah

SESETENGAH pihak dalam kalangan umat Islam menyatakan amalan mengadakan majlis Maulidur Rasul ï·º suatu bidaah. Bagaimanapun, ada dalil sunat yang membolehkan umat Islam merayakan hari kebesaran Islam ini.

Merayakan atau menyambut kelahiran Nabi Muhammad ï·º (Maulidur Rasul) termasuk dalam perkara yang membesar dan memuliakan Baginda ï·º. 

Firman Allah bermaksud: "Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya serta mengikuti cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan." (Surah al-'Araf, ayat 157).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu adalah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya." (Surah al-Hajj, ayat 32).

Apa yang dimaksudkan dengan 'tanda-tanda Allah' pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Jadi sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad ï·º dan menyambut Maulidur Rasul ï·º itu adalah membesarkan tanda atau syiar agama Allah, termasuk dalam menjunjung perintah Allah.


Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, begitu juga Ismail dan Abdul Razak, bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada Isnin kerana memerdekakan Suwaibah, iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad ï·º.


Hadis ini menunjukkan sesiapa yang menzahirkan kegembiraan dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah ï·º diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kuffar, seteru kepada Nabi ï·º diringankan azabnya, apa lagi bagi orang yang Muslim. Seperti yang dikatakan oleh al-Hafiz Nasiruddin Ibnu Syamsuddin ad-Dimsyaqi dan Imam al-Qurra al-Hafiz Syamsuddin Muhammad al-Jazri, dianjurkan untuk memulia dan membesarkan Nabi Muhammad ï·º dengan mengambil sempena hari kelahiran Baginda ï·º. Hari kelahiran Baginda ï·º adalah ‘Hari Kebesaran Islam' dan hari yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan. 


Diriwayatkan daripada Qatadah an-Ansari: "Bahawasanya Nabi ï·º ditanya mengenai berpuasa pada Isnin, berkata Nabi Muhammad ï·º: "Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku." (Hadis riwayat Muslim).


Membuat perkara kebaikan dan kebajikan seperti memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa Isnin dan berpuasa Hari Asyura sempena memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad ï·º seperti berhimpun dengan membaca al-Quran, berselawat, membaca sirah Nabi ï·º, memuji, berzanji, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir miskin dan lain-lain adalah perbuatan sunat yang dianjurkan dalam Islam, apa lagi mengadakan sambutan Maulidur Rasul.


Dalam sahih Bukhari dan Muslim dinyatakan, bahawa Nabi Muhammad ï·º datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu Baginda ï·º  bertanya, mereka menjawab: "Ia hari yang Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah Taala." 

Lalu Nabi Muhammad ï·º berkata: "Kami terlebih utama dengan Musa."

Dalam pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. 

Menyambut Maulidur Rasul ialah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam semesta ini. Sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya Nabi Muhammad ï·º.

tidak ada seorang manusia (pemimpin) pun yg dikaji perihal susuk  tubuhnya melainkan hanya Baginda Nabi   ï·º  bahkan jumlah uban Baginda Nabi   ï·º   juga dibukukan di dalam Kitab Syamail Nabi ï·º.  
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaum kamu, dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan demikian itu (kurniaan dan rahmat), hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya." (Surah Yunus, ayat 58).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan kerana memberi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiyaa' ayat 107).

Jelaslah memperingati dan memuliakan Maulidur Rasul dengan berselawat, membaca kisahnya, perjuangan suka dukanya menunjukkan kita menyintai Nabi Muhammad ï·º dan sekali gus menyintai Allah. Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaummu (Muhammad), jika sekiranya kamu menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kamu." (Surah Ali-Imran, ayat 31).


Muhammadsyafik.blogspot.com

Tuesday, January 3, 2012

Ujian dari Allah

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar…
Ujian itu indah..
Sekiranya kita tahu semua itu dari Allah, hati takkan pernah gelisah..
Segala kesakitan pun akan dirasai kenikmatan..
Segala kesulitan pun pasti akan merasai kelapangan..
Bila kita dah Nampak hikmahnya, insyaAllah akan semakin bertambah MAHABBAH kita kpd Allah swt..
Begitulah sedikit coretan yang xseberapa dengan kondisi kesihatan sedikit merisaukan..
Maklumlah, “final exam” akan bermula esok petang..
Itulah ujian pertama ana sebelum menyoroti lagi empat subjek lagi..
Dalam keadaan kondisi kesihatan ana sekarang ni yang dah masuk seminggu batuk dan selesema, hati pun dah mula risau xdapat tumpukan sepenuh perhatian semasa dlm dewan peperiksaan esok..
Tapi, hakikatnya semua tu anggapan manusia..mana taknya, anggapan manusia ni selalu silap..sedangkan pandangan manusia selalu tersalah, pendengaran manusia selalu tersilap, percakapan manusia selalu terlajak, fikiran manusia selalu salah mentafsir..itulah hakikatnya kita ni sebagai makhluk Allah swt..
Kita selalu merasakan setiap musibah kpd kita itu akan membawa kpd suatu keburukan kpd kita..mklumla, kita dah rasa yang kita ni “study hard” dah tentu yakin sangat akan dpt cemerlang..bila sakit, xboleh sgt “study hard” kita rasakan kita xmampu dapatkan keputusan yg cemerlang…silap! Silap sama sekali kalau kita berprasangka sebegitu kpd Allah..adakah kita dah cukup hebat merancang???lihat firman Allah swt ni: “wamakaru wamakarallah wallahukhoirul makirin” yang bermaksud: “kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik2 perancang..”
Ha, tersedar bukan??baguslah..ayuh bangun dari lena..jangan kita rasakan kita dah mampu capai kejayaan dgn usaha kita..yakinlah bahawa semua kejayaan itu dtg dari Allah swt..DIA yg memeberi kejayaan tersebut..
insyaAllah, dgn sedikit ujian buat diri ni, semoga ianya merupakan kafarah segala dosa2 lalu yang menggunung..sekiranya sakit ini dapat menambahkan mahabbah kpd Allah dan Allah juga akan mengasihi diri yang berdosa ni, maka pasti sanggup untuk ana ni tanggung ujian kesihatan ni sepanjang hidup..biar dunia dirasakan seperti neraka asalkan Akhirat nanti dijamin syurga oleh Allah swt..Amin..



cukuplah setakat ni..mohon doa kalian agar mendoakan kemudahan ana dlm menempuhi ujian imtihan untuk semester ni..insyaAllah, marilah kita sama-sama semarakkan rasa MAHABBAH kita kepada Allah swt dank pd Rasulullah saw..juga ayuh kita semarakkan rasa MAHABBAH kita ke seluruh isi alam ni..
wallahu ta’ala ‘alam…semoga bermanfaat…


Muhammadsyafik.blogspot.com

Friday, December 30, 2011

Penantian...

Alhamdulillah…sekurang2nya dpt melelapkan mata walau sekejap..lantas terus bangun mencari sumber ketenangan akhirnya ditemui di balik samar2 cahaya yang sedikit menyelinap masuk melalui ruang2 kecil itu..usai mengenal kondisi diri yang seakan-akan semakin layu, pandangan juga menjadi semakin kabur, usahkan dikira menggeletar tubuh badan yang semakin lemah, lantas kalimat2 keagungan Allah swt tanpa henti menitip dari bibir yang seakan-akan terkumat-kamit..Allahuakhbar, diri pula seakan-akan cuba menguatkan, hati seakan-akan cuba menenangkan, fikiran seakan-akan cuba meneutralkan keadaan..ya, inilah kafarah dari Allah swt..mata cuba dilelapkan semula berkali-kali namun masih gagal..ku tatap wajah sahabat-sahabat seorang demi seorang, mana tau boleh dapat tidur, tapi xberkesan langsung..seolah-olah runsing dan hilang perasaan nak memejamkan mata..
Dalam keadaan itu, diri cuba menguatkan, akhirnya laptop kubuka dgn perlahan2..ingin dicoretkan sedikit perkongsian yang boleh jadi ianya buat kali terakhir utk diri ana sekiranya selepas ini tdk diberi kesempatan lagi oleh Allah swt..”Penantian”….penantian secara harfiahnya atau secara sinonimnya boleh juga menjadi “menunggu sesuatu”..xkisahla sama ada menunggu perkara yang pasti ataupun menunggu suatu hal yg x pasti..ya, inilah penantianku..banyak yg ana menanti sebenarnya dan kalau nak dicoretkan di sini memang xkan cukup semalaman menaip..biarlah apa yg kalian cuba menafsirkan apa yg sedang ana tunggu kerana stp manusia punya hak untuk menginterpretasi setiap kata-kata org lain..
Penantian bagi sebuah jawapan di sebalik hikmah itu lebih ana tunggu..ya, kerana apabila kita yakin ada hikmah disebalik hal itu, pasti suatu saat nnti Allah akan buka hijab hikmah tersebut..namun, kalau nak difikirkan semula penantian bagi sebuah jawapan itu adalah blm pasti..mungkin jawapan itu xkan diberikan mengikut kehendak masa kita, atau mungkin juga jawapan itu tidak sama langsung dgn harapan kita..itulah hikmah kedua yg perlu kita lihat dari aspek positifnya..tentu sekali amat sukar utk diterima namun berbaliklah kepada firman Allah swt yang bermaksud “…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216).. SubhanAllah, biarkan dgn jawapan itu sama ada serupa dgn yg diharapkan atau tdk..kalau serupa dgn apa yg diharapkan SYUKUR, tapi kalau tdk berbaliklah kpd firman Allah seperti di atas tadi..

PENANTIAN YANG PASTI..
“Kematian”..ha, inilah penantian yang ana tunggu-tunggu..sebuah penantian yang pasti berlaku serupa dgn yang kita hrpkan..cumanya, yang xkan serupa dgn yg kita hrpkan ialah adakah kematian kita itu dlm keadaan husnul khotimah ataupun su’ul khotimah..seperti mana dlm firman Allah swt yang bermaksud  Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali 'Imran ayat 185)..
Ingatlah wahai sahabat2ku, sehebat manapun kita, sebesar manapun rumah kita, seberapa banyak mana pun harta kita,  seramai manapun isteri dan anak-anak kita (bagi yg dah bernikah dan mempunyai isteri yg ramai atau seorg serta yg dah ada anak shja, yg belum nikah xtermasuk.), setinggi manapun pangkat kita atau yang seangkatan dgnnya, igtlah wahai sahabat bahawasanya kita akan kembali kepada Allah hanya dgn amal perbuatan kita shja..segala semua benda dan prkara yg ana sebut kat atas tadi tu kita akan tinggalkan macam tu je..nak bawak masuk kubur sekali????oh, no way bebehhh...nak buat apa??igt, dlm kubur xde highway nk drive kereta, dlm kubur xde lot tanah nak diletakkan rumah kita yg besar tu, dlm kubur kita nanti xde bank nak simpan duit kita byk2, kat dalam kubur nanti xde pangkat2 perdana menteri, menteri, yang berhormat dan seangkatan dgnnya..yang ada cuma ruang empat segi berlantaikan tanah, berdindingkan tanah dan hanya bertemankan caacing tanah..ruang yang 7 kaki panjang, 3 kaki lebar dan 7 kaki dalam itu hanya mampu memuatkan jasad kita yg terbujur kaku itu shaja..itulah rumah kita..Allahuakhbar...


Jujur, apa yang ana tulis ini adalah untuk muhasabah diri..bila mana kita berada dlm keadaan SAKIT inilah Allah akan membuka hati kita untuk igt kpd mati..itulah fitrah asal manusia..padahal, sepatutnya setiap saat, setiap detik kita wajib mengingati mati kerana kita xtau bila masa yang tlh Allah tetapkan untuk kita kembali kpdNYA..Alhamdulillah, bersyukurlah apabila ditimpa KESAKITAN kerana disebalik kesakitan itu ada KENIKMATAN jika manusia itu bijak melihatnya kembali kepada Allah swt yang memberikan kesakitan itu..namun ada juga manusia yang apabila ditimpa kesakitan malah semakin jauh daripada Allah kerana sering menyalahkan Allah swt..na’uzubillahi min zaliq..
InsyaAllah, mudah-mudahan kesakitan ini xberpanjangan dan melarat di minggu-minggu yang semakin getir dgn peperiksaan akhir semester..mohon keberkatan doa daripada mak ayah yang sentiasa dititipkan buat kita..tanpa mak ayah kita, pasti kita xkan berada di atas muka bumi Allah ni..selawat dan salam juga buat Baginda Nabi saw, kekasih Allah swt yang ana kagumi..para alim ulama dan seluruh umat islam yang ada di atas muka bumi Allah ini sekalipun yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia, semoga Allah swt merahmati kalian dan kita seluruhnya..
Ana mohon kemaafan kepada kalian sekiranya ada kesalahan dlm tutur kata, terlajak bicara, yg membuat hati kalian terluka, termasam muka, termakan harta benda, ana mohon dimaafkan dan dihalalkan segalanya..takut2 inilah nukilan terakhir dan sekiranya xlagi diberikan kesempatan untuk mencoretkan di sini sekurang2nya ini boleh mengurangkan beratnya timbangan dosa diri yg hina ni..
wallahu ta’ala a’lam..semoga bermanfaat.. 

sabar menanti sebuah jawapan...

Muhammadsyafik.blogspot.com