Thursday, December 9, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.

SEMOGA YANG TERAKHIR LEBIH MEMAHAMI KATA-KATAKU DARI MEREKA YANG TERUS MENDENGAR DARI KU...

Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Palestin....Untukmu Jiwa dan Darahku..InsyaAllah.....

Untukmu jiwa2 kami....
Untukmu darah kami...
Untukmu jiwa dan darah kami...

Wahai al-Aqsa tercinta....
Jika suatu saat nanti darahku akan tumpah di Palestin,
Aku bersyukur Ya Allah...
Mujahadah, mujahadah.....nak elak dari mkn Mcd, Kfc dan sbgainya...
boikot produk Israel....ni adalah langkah pertama dan permulaan...
hurmmm....bab mkanan ni yg susah sikit ni...
Tapi itulah realiti....setiap kali tgk video Palestin ni mesti menitis airmata....makin berkobar pula semangt jihad...
Wahai umat Islam seluruh dunia, kita punya kekuatan kerana kita Ramai...
Tapi knp kalian semua berdiam diri????berdiam dan terus berdiam membiarkan
Yahudi Laknatullah dgn rakus membaham saudara2 kita...
Benarlah kata Nabi saw 1400thn dahulu..."akan dtg suatu masa di mana umat Islam menjadi ramai..cukup ramai tetapi hanya ibarat buih2 di tepi pantai..sekali ombak datang berkecai buih2 tersebut.."
Ya Allah.....berilah aku kekuatan agar aku serta shbat2 sperjuanganku trgolong dlm
kalangan org2 yg berjihad di jalanMU...
So, insyaAllah..mujahadah scra konsisten lps ni...

Tuesday, December 7, 2010

Mimpi Menurut ISLAM.....

Apakah pandangan Islam tentang mimpi (ru’yah)?
Realiti 3 golongan

1. Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.

2. Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafika...n sesuatu yang wujud, thabit (tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.

3. Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah SWT dengan apa yang telah diyakini berdasarkan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Pendapat ini lebih adil dan sederhana.
Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan tentang kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya ialah:

1. Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi bahawa hubungannya dengan Allah telah mantap maka dia hanya perlu solat pakai niat sahaja, maka mimpinya dikira batil dan tak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).

2. Mimpi seseorang tidak diambil kira jika bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung bermimpi makan khinzir menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap.)

3. Mimpi seseorang yang tak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sediri, bukan hujah bagi orang lain. (Misalnya jika seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang tersebut memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)

4. Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham (prasangka), justeru kita tak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui tentang agama dan akhlaknya, maka tak perlu terburu-buru percaya pada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).

5. Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang telah tetap (thabit) daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.

6. Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan ketika tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam Al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).

7. Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan perlunya nilaian daripada Al-Quran dan Al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber tersebut yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).

8. Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).