Tuesday, May 10, 2011

Ketika Allah Telah Memilih Untuk Dirinya..

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, saat ni masih diberi pinjaman nyawa oleh Allah...
masih diberi nikmat Iman dan Islam
serta nikmat menjadi umat Rasulullah SAW...
nikmat kesihatan, nikmat akal, nikmat perasaan cinta dan macam2 lagi..nikmat itu, nikmat ini..
Allah... "begitu besarnya rahmat Ilahi, dan kasih sygnya
melebihi semua kasih syg, melebihi kasih syg ibunda kita kpd kita, melebihi kasih syg kekasih kita kpd kita..
semua nikmat Allah tu DIA beri sblm kita meminta..
kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk memintanya.. " ...
Allahurobbi...

Bersyukurlah dgn nikmat2 yg telah Allah beri..
"ketika Allah telah memilih untuk dirinya"...
apa yg nak ana huraikan di sini, sekalipun kita
kehilangan sesuatu yg kita telah berniat untuk memilikinya,
merancang untuk memilikinya, dalam usaha untuk memilikinya atau pun sudah memilikinya, maka bersyukurlah kerana
kita masih punya Allah SWT..kita masih tidak kehilangan Allah..teringat firman Allah...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Jangan pernah menyalahkan takdir Ilahi,
Kelak kau akan dimurkai,
Jangan pernah terluka kerana tidak memiliki,
kelak kau akan mendapat banyak penyakit Hati..
Jangan pernah memusuhi,
kelak kau sendiri yang akan rugi..

Allah...bak kata pepatah "barang yang lepas jgn dikenang.."
kerana jika dikenang takut2 hati jadi tak tenang..

Yakinlah pada Allah dan janji2 Allah..
Janji Allah itu pasti sedangkan janji2 manusia
hanya ilusi dan fantasi...
mudah diungkapi, kadang mudah juga untuk mengkhianati...
yakinlah, jika sesuatu itu bkn milik kita
maka sampai bila2 pun kita takkn dpt memilikinya..
Tapi, jika sesuatu itu milik kita, hatta sejuta marhalah pun
Allah mampu pertemukan...

Ikhlaskan hati, dan yakin bahawa sesuatu
yg kita tak dapat miliki itu pasti akan
dijaga rapi..biarkan ia pergi kerana
jika Allah mengkehendaki pasti DIA
akan pulangkan kembali..itulah ujian yang DIA slalu beri
untuk menguji tahap kesabaran kita
dan keyakinan kita kepadaNYA dengan
sebenar-benar yakin..

Hak Karya Terpelihara~ 
Mencari Kebenaran (M. Syafik Ab Rahman)





Saturday, May 7, 2011

Sahabat Kurniaan Allah...

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...


Alhamdulillah, setelah sekian lama ana xmampu mencuri waktu untuk meng"update" blog ana yg dah usang ni akhirnya pagi ni Allah memberi kesempatan waktu untuk ana nukilkan sesuatu..


Allah......pada seawal pagi ni, jam menunjukkan pukul 2.55 pagi..sayup-sayup angin pagi bersama embun suci menyapa diri ana yg keseorangn di luar bilik (ayat skema pulak)..Ya Allah, entah apa yg ana rasakan pagi ni cukup berbeza dgn hari2 yg telah brlalu..tiba2 teringat tentang shbt2 yg telah dikurniakan Allah sepanjang kehidupan ni..


Alhamdulillah juga kerana saat ni Allah masih lagi mengurniakan nikmat yg paling penting yakni IMAN dan ISLAM serta nikmat menjadi umat Nabi MUHAMMAD SAW..Allah, tanpa baginda nikmat iman dan Islam mungkin xwujud skrg ni..kerinduan juga ana smpaikan melalui angin pagi ni kpd Ibunda dan Ayahanda serta adik2 yg tercinta..rindu yg makin mndalam sbb dh tggl jauh dri keluarga..


berbalik kepada entri ttg apa yg ana nk kongsikan yakni ttg SAHABAT sepanjang hidup ana..Allah.......ana kenal erti shbt sejak di bangku sekolah lg..byk suka duka dilalui brsama tp skrg dh masing2 dh smbg blajar kt tmpt lain2..Alhamdulillah,shbt2 turut sama mcm ana dpt melnjutkan pelajaran ke IPTA.. byk kisah2 lalu tapi ana ringkasan kpd yg lebih mudah ana igt iaitu yg lebih kurang setahun dua thn kebelakangn ni..


Sahabat di IPTA..Alhamdulillah, di sinilah ana mengenal erti kehidupan yg sebenar..brmula dgn bertaaruf akhirnya dgn berkat hati2 kami yg bertaut kerana Allah akhirnya ana mengenal apa itu SAHABAT..Allah...."shbt2, esok exam terakhir ana..Doakan ya..." mesej yg ana hantar buat shbt2 yg tengah tido sbg persediaan utk bangun Qiam sebentar ja lagi..(ntah bangun ntah tidak ni... ^_^).. Ya Allah, satu bilik je pun diorang ni semua..hehe..xpe, ana mesej jugak sbg tnda mnghormati daripada ana kejut sorang2 semata-mata nak cakap benda ni..


Ya Allah, KAU lindungilah dan kekalkanlah ukhuwah kami bersama..bertaut hati2 kami atas urusan agamaMU..berikanlah shbt2ku ini iaitu Safwan, Baith, Ibnu, Syamil, Haris, Munzir dan Firdaus kebaikan di dnia dan akhirat...hurm, selama satu semester kita tggal sebilik byk prkara yg berlaku..slalu masak sama2..huhu..Tomyam, Sup Ayam, Telur goreng, cucur udang semuanya kita dh pernah masak dlm bilik ni..hehe..cipta sejarah kat dlm kolej ni sbnrnya..


Oklah shbt2ku sekalian, ana nak smbung study semula utk paper terakhir ana esok..antum xpelah xde exam...apa2 pun InsyaAllah akan ana update lagi utk menambah mane yg kurang..ni pun saje je isi masa lapang sbb dh ngantuk study..sekian wassalam.. ^_^