Wednesday, June 29, 2011

Siapalah Aku Berbanding Mereka...

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Sang Maha Pencipta seluruh alam walaupun mempunyai waktu yg cukup singkat utk menulis sedikit kata2 yg kemudiannya menjadi ayat apabila ianya mempunyai makna..
Alhamdulillah juga pada malam ni berpeluang hadir dan skrg ni pn baru balik dari majlis ilmu sempena Isra' wa Mikraj di tmpt yg ana sntiasa rindui sbb ana prnah bekerja sblm ni iaitu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang..
Dah Hampir 2 Tahun..
Pejam celik pejam celik dah hmpir 2 thn rupanya ana meningglkn kerjaya di tmpt krja trsbt sblm ni demi melanjutkn cita2 yg tak tinggi sgt dan tak rendah sgt..yg penting REDHA ALLAH SWT tu dapat..hurm..mklumla, semua org ada cita2 dan ana pn dh ada cita2 sejak dr  dlm perut mak ana lg dan juga sudah pstilah juga utk memenuhi harapan mak ayah ana utk melihat anaknya iaitu menuju ke menara gading (Universiti)..
Tujuan ana ke masjid ni jgk ptg tadi walaupun byk komitmen lain adalah sbb rindu nak brjumpa dgn Guru yg Dikasihi Syeikh Fuad yg byk mengajar ana erti kecintaan kpd Rasulullah SAW..
Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki

Ujian...Ujian...
Jam dh hampir 6.30ptg ana trs brgegas dgn kelajuan semaksima mungkin trs ke tmpat yg dituju..Mercedes, Honda, Lancer, Proton, Perodua, Trailer, Bas and so on semua ana potong dgn selambenye..kalau nk diikutkn pd kebiasaan nk ke sn ambik masa hampir 1jam suku dari Shah Alma Alam tp ana mampu smpai lebih kurang 45minit..Alhamdulillah, Allah bantu memudahkan..bkn setakat tak cukup waktu ja sbb trlewat tp dgn jalan jem (sesak), nak xcident dan mcm2 lg.. tp ana xpatah smangat sbb hidup msti diteruskan.. dlm fikiran ni dh trfikir macam2.."kalau xcident la aku ni..macam mn anak bini aku, sp nak jaga..(eh, nikah pn blm..hurm..)", "kalau xcident dan meninggal aku ni xsmpat nk mintak maaf kat mak ayah dan manusia2 lain.." "sempat smpai sblm orang solat maghrib ke x ni.." dan mcm2 la..tp xpa, walau ap pn yg jadi aku Redha.. sekurang2nya aku dh usaha nk ke majlis ilmu..Rempit pn Rempitla, janji sampai..dan Alhamdulillah sprti yg diharapkn smpai jgk tp imam dh rakaat ketiga..

Alunan Qasidah
Usai solat maghrib, zikir, qasidah dan selawat dialunkan dgn penuh burdah dan ana dpt rasakan nkmt yg mn jiwa brgetar tatkala selawat dialunkn..seolah2 bergegar dinding2 masjid yg kukuh tu..xlama kemudia tetamu yg dinanti dan dirai pn tiba iaitu Al Musnid Dr Muhammad Taufiq Taisir Al Makhzumi (Ulama Syria) dan
Al Musnid Syeikh Abdul Majid Rasyid Al Jailani (Ulama Iraq).. Ahlan wasahlan dilagukan oleh Dai'e2 kecil dari DaQwaH (Darul Quran wa Hadis) serta jemaah bg meraikan ulama yg slh seorgnya adalah Ahlul Bait Nabi SAW yg mn beliau adlh dr nasab Baginda Rasulullah saw..diiringi guru yg ana amat kasihi Al Musnid Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki..sepanjng mjlis brlangsng byk yg diceritakn oleh beliau ttg Isra' wa Mikraj dan ditrjemahkn oleh seorg ustaz dr Malaysia..ana paling teringat kata beliau ini iaitu ""kalian melihat aku lebih baik dri kalian tp pd hakikatnya hanya Allah yg Maha Tahu..andai aku selamat di akhirat kelak, dan kalian tdk selamat, pasti aku akn menarik tangan kalian utk aku selamatkan, tetapi andai aku tdk selamat di akhirat kelak dan kalian selamat, tariklah tanganku utk diselamatkn.."..beliau ulama hebat pn begitu yakin bhwa beliau blm tntu slmat di akhirat nnti sedang kita apatah lg..itulah beruntungnya mnghadiri mjlis2 ilmu bersama ulama kerana ukhuwah yg trjalin adalah atas dasar CINTA LILLAHI TA'ALA.."Usai majlis skali lg dialunkn zikir dan kali ni dipimpin oleh ulama trsebut..mata dipejam rapat2, mnda dikosongkn dri ingt kpd dunia, srta ikut apa yg dialunkn oleh beliau dan kalimah Agung "Lailahaillallah" pun dialunkn dgn penuh pnghayatan..Allah..skali lg hati brgetar mengenangkn dosa yg trlalu byk dilakukn selama ni.."andai Allah tdk mnghijabkan dosa, psti ana lah hambaNya yg paling bertimbun dosa yg dibawa dan andai dosa itu berbau, pasti ana lah hambaNya yg paling busuk di atas muka BumiNya ini.."..
"Ya Allah, ampunilah segala dosa2ku.."                                                                  Alhamdulillah, tatkala kepulangan kedua2 ulama ini dimudahkn oleh Allah iaitu ana dpt brtemu dan mencium tangan kedua2 mereka..

Di KLCC
Ana di KLCC sebenarnya skrg ni..hehe..(berdating)..jam di bangunan Maxis bersebelahan dgn Menara KLCC menunjukkn tepat pukul 11.57 malam..ntah knp spatutnya ana trs balik ke rumah abg ana di Taman Setiawangsa tp ana melepak ke sini pulak..Allah tetapkn hala tuju ana sbnrnya..smpai ja kt kolan air tu ana trkejut sgt...!!#$%&@ ..Allahuakhbar..dh mcm duk kt ngra org putih dh..mcm biasalah, (dh tahu tp sj buat2 trkejut..)..ana dh brpakaian mcm ni duk melepak kt atas tembok tpi kolam tu..org pn dh tgk ana mcm makhluk asing sbb brpakaian mcm ni.."hurm..biarlah.." hati memujuk..saat tu trigt kata2 ulama td, Allah sj yg Maha Tahu isi hati hambaNya.."Astaghfirullah"..ana istighfar takut2 ada riak dlm hati..pd ana pakaian tdk melambangkn alim dn waraknya manusia tu sbb Allah xmelihat semua tu tp Allah melihat hati hamba2Nya..ana rrasa ana lebih hina dan dosa ana melebihi tgginya KLCC kalau Allah nmpkkn dosa tu..mungkin jg di sisi Allah mereka2 yg lepak ni lebih mulia dr ana..Allah.."bermonolog sndiri.."

Sapa pulak yg Datang ni..
Tengah trmenung sambil update blog dan juga smbil melihat ke atas langit, hati trdetik..xlah tggi sgt pn KLCC ni..hurm..tringt jgk hadis Nabi SAW iaitu ttg manusia akhir zmn brlumba2 mncipta bangunan tggi2 tnpa mereka sedar itu adlaah alamat Kiamat makin hmpir..Allah..tapi scra tiba2 ada sorang llaki datang dari arah tepi..xperasan ana dia dtg.. "Bang, kat sini dh tutup dah bang..dah pukul 12 ni.." ana trsenyum..hehe..faham dah..nk suruh ana blah la tu..ok..ok..ingatkan boleh lepak smpai pagi.. =) ..

Oklah..abg tu sekadar mnjlankn amanah yg tlh diberikn kpd dia..rupa2nya dia secretary security guard kat sini..bgslah..sekurang2nya dia bekerja utk cari rezeki yg halal..keja ap pun xkisah yg pnting nawaitu lillahi ta'ala..hurm..abg tu dah pandang2 buat kedua kalinya..maka, eloklah ana akhiri sikit coretan ni tgh kalimah pengampunan kpd Allah atas dosa2 selama ni..

p/s...apa yg ana nk sampaikn kat sini ialah Allah xpandang hamba2Nya pada pakaian, harta, pangkat, rupa cantik ke x, hensem ke idak tp pada hakikatnya Allah memandang pada HATI kita..

Wassalam...

Tuesday, June 28, 2011

Sayyidatina Khadijah Al-Kubro [Isteri Setia & Pejuang di Sisi Suami Yang Mulia]


Sayyidatina Khadijah Khuwalid dikenali sebagai insan pertama di sisi Sayyiduna Muhammad Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam yang membenarkannya. Menjadi wanita pertama sebagai umat Islam disisi suaminya yang tercinta. Beliau membenarkan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam disaat ramai yang mengatakan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam berdusta atas nama kerasulan.

Beliau Sayyidatina Khadijah merupakan anak kepada Khuwalid Bin Asad dan ibunya ialah Fatimah Binti Ziyadah. Mereka berketurunan Ibnu Hasyim dan bapanya merupakan seorang pedagang yang berjaya. Kejayaan ini diteruskan oleh Sayyidatina Khadijah dalam urusan keusahawanan. Di antara gelaran beliau ialah Ameerat-Quraish (Puteri Quraisy), al-Tahira (yang suci) dan Khadijah Al-Kubro (yang hebat).
Sayyidatina Khadijah Al-Kubro merupakan satu-satunya isteri yang Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam nikahi sehingga beliau wafat. Betapa cinta dan setianya kasih yang dicurahkan oleh Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam kepada wanita yang sentiasa setia disisi Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam.
Beliau mententeramkan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam disaat ketakutan berdepan wahyu pertama, diselimutkan ketika wahyu kedua diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala melalui Jibrail Alaihi Salam. Beliau Sayyadatina Khadijah Al-Kubra teguh membela suaminya ketika dicaci dan dihina oleh musyrik Makkah.

               وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ،
“ketika mereka berkata (Kata ALLAH) orang – orang Quraisy, berkata ‘wahai ALLAH (mereka juga percaya kepada ALLAH, orang Quraisy musyrikin itu percaya kepada ALLAH juga, dan mereka percaya ada 360 tuhan berhala lainnya selain ALLAH Subhanahu Wa Taala) jika Muhammad ini membawa kebenaran buktikan dengan turunnya hujan batu untuk kami dan dengan datangnya siksaan yang pedih sebagai bukti bahwa beliau ini membawa kebenaran”

[ Al Anfal : 32]

Bahkan, sebelum mereka ditakdirkan dinikahkan, beliau mengungkapkan bahawa Nabi Muhammad SAW yang belum diangkat sebagai Nabi merupakan bukan manusia biasa!. ALLAHU ALLAH.

Bukan Pengorbanan Biasa

Bukan pengorbanan biasa yang ditunjukkan oleh Penghulu Wanita di syurga ini buat suaminya, ikhlas untuk mencari keredaan ALLAH Subhanahu Wa Taala. ALLAH Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman ALLAH yang bermaksud:


Barang siapa yang mengerjakan amalan sholeh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. [An-Nahl: 97]


Kehidupan yang dilalui oleh Sayyidatina Khadijah Khuwalid bersama Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam amat bahagia. Suatu ketika, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam di gua Hira, “Aku khuatir dengan apa yang berlaku pada diriku”, Sayyidatina Khadijah Khuwalid berkata, “Demi ALLAH, DIA tidak akan menghinakan dirimu selama-lamanya!, Engkaulah penyambung silaturahim kerabat, pemikul beban orang lain yang mendapat kesusahan, pemberi dan meraikan orang yag papa, sangat menghormati tetamu juga pejuang dalam menegakkan kebenaran”. Beliau menenangkan Rasulullah SAW ketika Baginda SAW dilanda derita.
Seorang isteri tidak sesekali merendahkan suaminya dihadapan orang ramai. Bahkan dia memuliakan dengan hak dan tidak berlebih-lebihan. Barangkali keadaan ini sesuai dengan zaman mutakhir.
Beliau berkorban dengan setiap hari menaiki bukit Gua Hira mengirimkan Rasulullah SAW makanan. Bayangkan sejauh dua kilometer jaraknya setiap hari, beliau korbankan dirinya demi Nabiyullah, Sayyiduna Muhammad SAW. Beliau menajdi kayu ukur kepada para wanita zaman ini, betapa pengorbanan kepada seorang suami yang soleh bukan pekerjaan yang sia-sia.

Sedih Tidak Di Kalangan Mereka

Kita sedih kerana tidak berada di kalangan mereka yang terpilih untuk duduk dan merasai kebahagiaan menatap wajah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, bahkan para wanita kita barangkali merasa dukacita kerana jauh daripada peribadi agung Sayyidatina Khadijah Binti Khuwalid. Tetapi, ALLAH Subhanahu Wa Taala memujuk kita :



                                 النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ     

Nabi SAW itu lebih patut kau dahulukan dari diri kalian sendiri, dan istri beliau saw adalah ibunda ibunda orang mukmin”
[Surah Al Ahzab : 6]


Beliau melalui saat-saat sakaratulmaut ditemani suami tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat itu, Sayyidatina Khadijah Al-Kubro mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga “merasa”. Bahkan umat sehingga ke akhir zaman ini juga turut menitiskan airmata mengenangkan betapa mulianya peribadi isteri kesayangan Rasulullah SAW ini.

Katanya :, “Wahai Rasul utusan ALLAH, tiada lagi harta dan perkara lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril Alaihi Salam naik bertemu ALLAH SWT.

ALLAH Subhanahu Wa Taala menjawab pertanyaan Jibril Alaihi Salam, bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. ALLAH memerintahkan Jibril Alaihi Salam menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah Binti Khuwalid.

Jibril Alaihi Salam lalu turun dan memberitahu kepada junjungan mulia Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam akan hal itu. Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menyampaikan salam tersebut kepada isterinya yang tercinta. Di dalam kitab Shahih Bukhari dari Abu Hurairah, dia berkata, “Jibril Alaihi Salam mendatangi Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam seraya berkata, ‘Wahai Rasulullah, Inilah Khadijah. Dia telah datang dengan membawa bejana, di dalamnya ada lauk pauk, makanan dan minuman. Bila nanti mendatangimu, maka sampaikan salam Rabbnya kepadanya serta beritakan kepadanya khabar gembira perihal istana untuknya di Syurga yang diperbuat dari mutiara, yang tidak ada kebisingan mahupun rasa lelah di dalamnya.” ALLAH...ALLAH...ALLAH...YA ..... ALLAH.

WALLAHU’ a’lam

"Islam itu ditegakan di atas harta Khadijah dan Abu Bakar As-Siddiq”

Al-Fatihah ila ruhi Sayyidatina Khadijah Al-Kubro...

Tuesday, June 21, 2011

Jatuh Sakit....

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah... masih diberi sedikit masa dengan sedikit kudrat yang ada serta nikmat bernafas sekalipun sakit yg menimpa diri.. bukan kerana Allah S.W.T menzalimi hamba-hambaNYA tetapi kita sendiri sbg hambaNYA yg menzalimi diri sendiri..
sedikit perkongsian sekalipun terasa seolah-olah tdk berapa lama lagi kudrat yg ada ini bakal menemui penghujungnya..mungkin sudah cukup kata Allah, engkau menumpang di muka BumiKU ini kini tiba masanya engkau datang kepadaKU membawa apa yg telah engkau laksanakan sepanjang keberadaan engkau di Bumi.. Allah.. 
Firman Allah yang bermaksud:

“Dan
sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

"Aku bertaubat dengan sebenar2 taubat Ya Allah.. KAU saksikanlah agar aku dapat kembali kepadaMU dalam keadaan ENGKAU Redha Ya Allah.."

idaman setiap insan...
mungkin ini post yang terakhir kalinya.. maaf dipinta kepada sesiapa yang mengenali secara langsung, mengenali secara dekat, kenal scr jauh, kenal scr tdk langsung dan sbgainya hrp dapat memaafkan sgala kesilapan, kesalahan dan sbgainya.. blog ini mungkin akan diambil alih oleh seseorang suatu saat yang pasti nanti..  Hanya Allah dan sabar menemani diri saat menanggung hiba dan sakit sendiri agar mudah2an berolah ganjaran di akhirat nanti...




Bukan 
hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga 
dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW 
bersabda yang bermaksud:
“Apabila
meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya:
Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah
berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia
memuji-Mu dan mengucapkan istirja’. Allah berfirman: Binalah untuk
hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama ‘Rumah Pujian’.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Wassalam... 

Friday, June 17, 2011

Keharuman Setanggi Syurga..


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang waktu oleh Allah S.W.T untuk ana mencoretkan sedikit rasa di blog yang xberapa cantik ni..xpalah, sekurang2nya masih ada tempat untuk mencoretkan sesuatu dan xlah sampai kpd situasi2 yg mcm ni: 
Cer tengok, cer tengok..... ^_^
Si comel ni, habis la dinding rumah...hurm...katanya "abi (ana la tu akan dtg insyaAllah..), adik nak tulis adik sayang ummi dan abi.. ^_^ "

yang ni confirm lepaskan geram bila cinta ditolak..hehe..Allah..xpayahla couple2 ni..yakin janji Allah tu yg penting..

sepanjang tembok ni digunakan untuk menulis sbb blm ada blog lg..

begitulah sedikit sorotan yg ana lihat bile xda tempat sebagai medium untuk menulis..
berdasarkan tajuk yang tertera di atas "Keharuman Setanggi Syurga", apa yg hendak dihuraikan???
banyak yg hendak dihuraikan namun bergantung kpd setiap insan yg menilai dan mnghayati bait2 lagu "Setanggi Syurga" nyanyian kumpulan nasyid In-Team..pd ana, lagu ni cukup ana minati setiap bait2 liriknya apatah lagi dengan kalimah perkataan Setanggi Syurga itu sendiri..ringkasnya merujuk kepada cinta anatara hamba Penciptanya iaitu CINTA TERAGUNG kita yakni kepada Allah S.W.T..

Baiklah, ana tinggalkan lirik lagu "Setanggi Syurga" ini untuk dihayati dan ditafsirkan tentang apa yang cuba disampaikan dlm lagu ini..(sambil mendengar lagu tersebut di youtube..) insyaAllah, mmpu mengurangkan rasa terbeban dgn ujian Allah buat diri ana ni, mmpu menguatkan jiwa yg lemah dan mmpu mendekatkan kita dengan CINTA YANG TERAGUNG itu ..
Hayatilah bait2 liriknya....
Percaya...
Kata janjiMu,
Kerna ku yakin apa digenggamMu
Keharuman setanggi syurga,
Bukan kilauan sebilah belati.

Terseksa,
Jiwa merindu,
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga,
Tak menggugah keteguhan iman.

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur,
pada redup renung mata yang menipu,
Tuntas ku mendaki,
Puncak CINTA TERAGUNG...

Izinkan aku melafazkan kata,
Bicara hati yang mudah diterjemah,
Betapa aku...
Gerun pada teduh untuk bernaung,
Kerna awan itu rapuh.

Bahagia buat mereka yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi...

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur,
Pada redup renung mata yang menipu,

Tuntas ku mendaki,
Puncak Cinta teragung...

Izinkan aku melafazkan kata,
Bicara hati yang mudah diterjemah,
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung...

Dendam tak marah menyala dan membakar,
Oleh putih salju yang berguguran,
Kerna dosa itu lebih hitam dan gelap,

Ku anyam rindu menjadi hamparan,
Kerna ku pasti adanya pertemuan,


Disana nanti bukti cinta suci dilafazkan,
Tak bertemu pengucapan...

Percaya...
Kata janjiMu,
Kerna ku yakin apa digenggamMu,
Keharuman setanggi syurga,
Bukan kilauan sebilah belati...
Semoga terampun dosa-dosa lalu yang menjadi HIJAB antara KITA dengan ALLAH S.W.T..juga yang menggelapkan HATI MANUSIA dengan dosa-dosa tersebut..justeru, dengan selayaknya ungkapan cinta dilafazkan pada yang berhak menerimanya..jika bukan di dunia, selayaknya bukti CINTA SUCI dilafazkan di akhirat kelak bersama Keharuman Setanggi Syurga..
Muhammad Syafik bin Ab Rahman....

Tuesday, June 14, 2011

Hidup seorang Pemimpin...Hebatnya Kepimpinan Rasulullah S.A.W

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah segala puji-pujian hanya kepada Allah yakni Tuhan seklaian alam yang memberikan ruang dan peluang untuk ana menjengah sebentar blog yg dh lama usang akibat masa yg seakan2 kereta Ferrari sdgkan ana ni naik basikal tua milik Pak Mat Kampung Pinang Sebatang. Mungkin jg dsbbkan kekecewaan, maka ana ambik waktu utk beruzlah mnggalkn beberpa ketika blog ni sbb xde ilham utk menulis...Teringat kata2 Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith yang 
menegaskan kepada semua hadirin termasuk ana di dlm kuliah beliau supaya mengambil iktibar dari Surah al-Asr terutamanya ayat kedua dan ketiga. Firman Allah s.w.t, "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
sampai skrg belum mmpu kita manfaatkan masa dengan sebaiknya..Allah...
pejam celik pejam celik dh hmpr 4bulan aku ditaklifkan oleh Allah sbg Majlis Perwakilan Pelajar..ana cuma sbg insan kerdil yg dipilih Allah..bkn jawatn ni yg dihrpkn tp amanah yg tlh dprtanggungjwbkan itu yg mnjadi kegelisahan..Ya, hidup ana skrg sbg seorng pemimpin namun hakikat sbnar hebatnya seorng pemimpin itu trletak pd teladan yg dibawanya..Allah..Hebatnya Kepimpinan Rasulullah s.a.w itu yg hndak ana smpaikan..
saat ini, ana benar2 diuji Allah dgn plbagai ujian yg mndatang tnpa hnti setelah brgelar pemimpin..ap yg hndak dibawa sbnrnya???
ada perkara yg hndak dibawa dn perlu dibawa..dah mcm2 ujian difitnah, diherdik, dicaci, disabotaj, dan mcm2 "di" lagi..namun ana teringat firman Allah dlm 
surah al-Ankabut: 2
"Apakah manusia itu mengira bahawa Kami akan membiarkan shja mereka mengatakan 'kami telah beriman'  sedang mereka belumlagi diuji dengan apa-apa ujian pun"
Bagaimana hebatnya Rasulullah s.a.w bersabar dengan segala ujian yg diturunkn Allah kpd baginda hatta Nabi s.a.w pernah dibaling dengan batu oleh kaum Quraisy shinggakan berdarah kaki nabi dan darah yg begitu banyak di dlm kasut Nabi s.a.w mnyebabkn ianya sperti bunyi air yg berkocak di dlm kasut..Allahuakhbar...sakitnya Ya Rasulullah... ='( ..
Namun apakah baginda membalas semua prbuatan mereka trsebut dgn pmbalasan semula???? Tidak sama sekali..
bukan shja kita yg marah dgn mereka2 trsebut bahkan Malaikat Jibril turut sama merasainya shnggakan Jibril brkata kpd Nabi s.a.w 
"Ya Rasulullah, mahukah engkau aku mmbntumu memusnahkn mereka2 trsebut dgn menimpakan gunung Uhud ke atas mereka??namun Nabi s.a.w menolak bntuan Jibril trsbt kerana SABARNYA baginda.."
Maha Suci Allah...Nabi Muhammad s.a.w lah Pemimpin terhebat di muka bumi ini..
sedang ana jauh lebih kerdil dan hina namun kecemerlangan baginda sntiasa dicontohi
dan akan cuba untuk sntiasa diikuti segala sunnahnya..
Kembalikan semangat yg dulu,
lupakan semua sejarah yg dh berlalu,
yg pergi biarkan dia pergi,
kerana SABAR itu yg nak dilihat ILAHI..
biar amanah ini yg dipentingkn dahulu,
biar ada yg kecewa dn mmbuat pilihan sndiri,
kerana aku YAKIN akan ALLAH,
kerana itu punca semangat itu kembali...
Allah, semakin berat menongkat mata yg layu,
maka eloklah diakhiri "post" kali ni dengan kalimah Astaghfirullah hal 'Adhim..
Firman Allah, Makusdnya, "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya"(at-Talaq ayat 2-3)

wassalam....

hakcipta terpelihara: Mencari Kebenaran
                              a.k.a Muhammad Syafik bin Ab Rahman