Saturday, March 3, 2012

Langkah Yang Semakin Lemah

Setiap langkah kita perlukan kekuatan..
Tanpa kekuatan, langkah demi langkah itu xkan mampu dan terdaya..
Bagi yang meyakini bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Allah swt, maka pasti kepada Allah swt dimohon dan dirayu agar diberikan kekuatan untuk melangkah lagi..
Namun, kadang kala Allah swt sengaja menguji hambanya yang memohon kepada-NYA..
Bukan DIA tdk mendengar atau tdk ambik tahu permintaan hambanya, tetapi itulah ujian dari-NYA untuk menilai hamba2NYA yg benar2 beriman kepadaNYA..
Firman Allah swt: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut: 2)
Ujian itu menyakitkan bukan?
Namun, bagi yg melihat ujian itu dari sudut tarbiyah diri, maka ujian itu menjadi sesuatu yg cukup indah..bagi HATI YANG SIHAT, dia akan meyakini bahawa ujian itulah yang menandakan Allah masih memandang dia..
Apabila ujian dilihat dari sudut yang positif, maka teruskanlah melangkah..Cuma, langkah selepas itu tdk lagi sama seperti dulu..kadang-kala lemah dan mengundang putus asa..walaupun hati meyakini akan janji-janji Allah, tapi langkah tetap tdk mampu diteruskan sama seperti dulu..langkah semakin kecil dan semakin mengecil dan akhirnya terjatuh..tersungkur muka ke Bumi Allah swt ni..
Tidak ada yang menolong..tdk ada yang membantu..juga tdk ada yang melihat saat dan ketika itu..hanya diri yang keseorangan menanti hadirnya bantuan dan pertolongan..apa yang ditunggu hanyalah pertolongan daripada Allah swt..tunduk akur mencium tanah, menyembah ke Bumi meruntuhkan ego diri yg selama ini menguasai..
Saat itu, mampukah diri untuk bangun berdiri??Mampukah dikuatkan hati untuk meneruskan langkah lagi??Bantulah Ya Allah..Kuatkanlah diri yang lemah ini ya Allah.. T_T
muhammadsyafik.blogspot.com

Friday, March 2, 2012

Dia pernah mencintaimu . . .

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
(Persoalan sahabat)
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
(satu keanehan)
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
(Cinta yang luar biasa)
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Monday, February 6, 2012

Sambut Maulidur Rasul bukan Bid'ah...

Sambutan Maulidur Rasul adalah tanda CINTA kita kepada Baginda Nabi Muhammad   

Sambutan selagi bertujuan rai hari kebesaran Islam bukan bidaah

SESETENGAH pihak dalam kalangan umat Islam menyatakan amalan mengadakan majlis Maulidur Rasul  suatu bidaah. Bagaimanapun, ada dalil sunat yang membolehkan umat Islam merayakan hari kebesaran Islam ini.

Merayakan atau menyambut kelahiran Nabi Muhammad  (Maulidur Rasul) termasuk dalam perkara yang membesar dan memuliakan Baginda . 

Firman Allah bermaksud: "Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya serta mengikuti cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan." (Surah al-'Araf, ayat 157).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu adalah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya." (Surah al-Hajj, ayat 32).

Apa yang dimaksudkan dengan 'tanda-tanda Allah' pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Jadi sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad  dan menyambut Maulidur Rasul ﷺ itu adalah membesarkan tanda atau syiar agama Allah, termasuk dalam menjunjung perintah Allah.


Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, begitu juga Ismail dan Abdul Razak, bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada Isnin kerana memerdekakan Suwaibah, iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad .


Hadis ini menunjukkan sesiapa yang menzahirkan kegembiraan dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah  diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kuffar, seteru kepada Nabi ﷺ diringankan azabnya, apa lagi bagi orang yang Muslim. Seperti yang dikatakan oleh al-Hafiz Nasiruddin Ibnu Syamsuddin ad-Dimsyaqi dan Imam al-Qurra al-Hafiz Syamsuddin Muhammad al-Jazri, dianjurkan untuk memulia dan membesarkan Nabi Muhammad  dengan mengambil sempena hari kelahiran Baginda . Hari kelahiran Baginda  adalah ‘Hari Kebesaran Islam' dan hari yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan. 


Diriwayatkan daripada Qatadah an-Ansari: "Bahawasanya Nabi  ditanya mengenai berpuasa pada Isnin, berkata Nabi Muhammad : "Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku." (Hadis riwayat Muslim).


Membuat perkara kebaikan dan kebajikan seperti memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa Isnin dan berpuasa Hari Asyura sempena memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad  seperti berhimpun dengan membaca al-Quran, berselawat, membaca sirah Nabi , memuji, berzanji, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir miskin dan lain-lain adalah perbuatan sunat yang dianjurkan dalam Islam, apa lagi mengadakan sambutan Maulidur Rasul.


Dalam sahih Bukhari dan Muslim dinyatakan, bahawa Nabi Muhammad  datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu Baginda ﷺ  bertanya, mereka menjawab: "Ia hari yang Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah Taala." 

Lalu Nabi Muhammad  berkata: "Kami terlebih utama dengan Musa."

Dalam pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. 

Menyambut Maulidur Rasul ialah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam semesta ini. Sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya Nabi Muhammad .

tidak ada seorang manusia (pemimpin) pun yg dikaji perihal susuk  tubuhnya melainkan hanya Baginda Nabi   ﷺ  bahkan jumlah uban Baginda Nabi   ﷺ   juga dibukukan di dalam Kitab Syamail Nabi ﷺ.  
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaum kamu, dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan demikian itu (kurniaan dan rahmat), hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya." (Surah Yunus, ayat 58).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan kerana memberi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiyaa' ayat 107).

Jelaslah memperingati dan memuliakan Maulidur Rasul dengan berselawat, membaca kisahnya, perjuangan suka dukanya menunjukkan kita menyintai Nabi Muhammad  dan sekali gus menyintai Allah. Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaummu (Muhammad), jika sekiranya kamu menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kamu." (Surah Ali-Imran, ayat 31).


Muhammadsyafik.blogspot.com

Tuesday, January 3, 2012

Ujian dari Allah

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar…
Ujian itu indah..
Sekiranya kita tahu semua itu dari Allah, hati takkan pernah gelisah..
Segala kesakitan pun akan dirasai kenikmatan..
Segala kesulitan pun pasti akan merasai kelapangan..
Bila kita dah Nampak hikmahnya, insyaAllah akan semakin bertambah MAHABBAH kita kpd Allah swt..
Begitulah sedikit coretan yang xseberapa dengan kondisi kesihatan sedikit merisaukan..
Maklumlah, “final exam” akan bermula esok petang..
Itulah ujian pertama ana sebelum menyoroti lagi empat subjek lagi..
Dalam keadaan kondisi kesihatan ana sekarang ni yang dah masuk seminggu batuk dan selesema, hati pun dah mula risau xdapat tumpukan sepenuh perhatian semasa dlm dewan peperiksaan esok..
Tapi, hakikatnya semua tu anggapan manusia..mana taknya, anggapan manusia ni selalu silap..sedangkan pandangan manusia selalu tersalah, pendengaran manusia selalu tersilap, percakapan manusia selalu terlajak, fikiran manusia selalu salah mentafsir..itulah hakikatnya kita ni sebagai makhluk Allah swt..
Kita selalu merasakan setiap musibah kpd kita itu akan membawa kpd suatu keburukan kpd kita..mklumla, kita dah rasa yang kita ni “study hard” dah tentu yakin sangat akan dpt cemerlang..bila sakit, xboleh sgt “study hard” kita rasakan kita xmampu dapatkan keputusan yg cemerlang…silap! Silap sama sekali kalau kita berprasangka sebegitu kpd Allah..adakah kita dah cukup hebat merancang???lihat firman Allah swt ni: “wamakaru wamakarallah wallahukhoirul makirin” yang bermaksud: “kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik2 perancang..”
Ha, tersedar bukan??baguslah..ayuh bangun dari lena..jangan kita rasakan kita dah mampu capai kejayaan dgn usaha kita..yakinlah bahawa semua kejayaan itu dtg dari Allah swt..DIA yg memeberi kejayaan tersebut..
insyaAllah, dgn sedikit ujian buat diri ni, semoga ianya merupakan kafarah segala dosa2 lalu yang menggunung..sekiranya sakit ini dapat menambahkan mahabbah kpd Allah dan Allah juga akan mengasihi diri yang berdosa ni, maka pasti sanggup untuk ana ni tanggung ujian kesihatan ni sepanjang hidup..biar dunia dirasakan seperti neraka asalkan Akhirat nanti dijamin syurga oleh Allah swt..Amin..



cukuplah setakat ni..mohon doa kalian agar mendoakan kemudahan ana dlm menempuhi ujian imtihan untuk semester ni..insyaAllah, marilah kita sama-sama semarakkan rasa MAHABBAH kita kepada Allah swt dank pd Rasulullah saw..juga ayuh kita semarakkan rasa MAHABBAH kita ke seluruh isi alam ni..
wallahu ta’ala ‘alam…semoga bermanfaat…


Muhammadsyafik.blogspot.com