Thursday, January 27, 2011

CINTA DAKWAH MENUJU BAITUL DAKWAH....

Kerja lebih banyak dari masa yang kita ada dan agenda islam adalah agenda yang tiada noktahnya. Oleh itu dalam menyusuri Jalan dakwah dan kerja-kerja dakwah ini, seorang muslim itu harus tahu bahawa untuk kesinambungan perjuangannya,  ia harus menjadikan setiap aspek kehidupannya  terancang sebaiknya termasuklah dalam perkara mendirikan rumahtangga.

Seorang muslim yang cintakan islam dan dakwah semestinya harus menuju kepada pembinaan  baitul dakwah ini  kerana dengan ini cita-cita dan perjuangannya dalam dakwah islam ini ada kesinambungannya.

Adalah menjadi perkara yang  penting  bagi seorang da'i itu apabila ingin membina baitul dakwah ini ia harus jelas sewaktu sesi  taaruf lagi akan kemahuan dan cita-cita pasangan masing-masing dalam mendalami hati terhadap  matlamat perjuangan mereka  kerana dengan ini akan terbinanya kekufuan yang boleh mengelakkan penyesalan di kemudian hari  terhadap cita-cita besar yang ditanamkan dalam diri masing-masing.

Malah kejelasan pendirian dari awal ini juga  turut  membantu dalam  mengerat dan membungakan  cinta didalam rumahtangga yang akan dibina biarpun sebelum ini mereka  telah memahami islam dan mendapat tarbiyah islam kerana faktor terus terang dan telus didalam taaruf akan memudahkan urusan terkemudian.

Seorang muslim yang cintakan dakwah harus  tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah ( tanggungjawab) setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat, dan kita tiada pilihan.

Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah (Celupan). Sibghah dari sibghah Allah. Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait'ul Dakwah.

Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim dan muslimah berqualiti harus menjadi prioriti (keutamaan) dalam membina generasi pewaris.

Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit kejayaan. Pemuda pemudi Islam harus mempunyai mind set ini supaya sentiasa bersedia untuk membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi (kuat) agar nanti antara kita tidak tercari-cari dan teraba-raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing dan mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.

Bersedialah berIntima'  (Ikat diri) dengan Jamaah Islam  kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna dan teratur. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah (didik diri) tanpa bergantung pada arahan mas'ul atau naqib serta jamaah.

Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimanfaatkan jamaah dan terkadang mutarabbi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!

Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, kita semua harus memberi perhatian kepadanya kerana terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.

Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita-cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja-kerja dakwah. Tanpa sifat-sifat asas ini sukar untuk mengwujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.

Sabda nabi SAW riwayat muslim
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu."

Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris? Hadis nabi ini maha benar namun  isteri seorang da'i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja malah ada syarat-syarat lain lagi yang perlu diberi perhatian. Antaranya;
 
Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat!

Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri-isteri Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka sama ada redha didalam susah atau  bersedia menerima talaq! Firman Allah:
" Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut'ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu" (Al Ahzab 28-29)

Realitinya perempuan memang  dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran  dan cintakan kebendaan dan ini akan menghalang perjuangan suaminya melainkan apabila ia dapat membebaskan dirinya dari sifat-sifat tersebut dan menyintai akhirat.

Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da'i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.

Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah  adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu  usaha dakwah.

Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada isteri-isteri nabi apabila mereka demand tentang hidup mereka,
 
"Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri-isteri  yang lebih baik dari kamu  yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa  janda atau anak dara." (At- Tahrim 5)

"Mengantikan baginya isteri-isteri  yang lebih baik dari kamu".

Teguran Allah ini juga telah menyedarkan isteri-isteri nabi dari meminta keistimewaan  kepada taat kepada apa yang diberi oleh Nabikerana mereka takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.

Satu yang perlu diberi perhatian bagi  seorang akhawat yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang da'i adalah, jelas niatnya!
Akhawat  itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da'i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan da'i itu. Dengan erti kata menjadikan dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.

Jika inilah yang kita semua fahami wahai pemuda dan pemudi Islam, insyallah pastinya kita dapat mengwujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.

- LINK=http://iluvislam.com/Artikel iluvislam.com

Thursday, January 6, 2011

Ya Allah, aku ingin Menjadi aku yang Dulu...

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Alhamdulillah, dgn limpah kasih sayang-Nya ana diberikn sedikit kesempatan utk meng"update" blog ni..

"Demi masa, sungguh manusia itu berada dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta ssaling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran..(Al-'Asr:1-3)"

Ya Allah, bila ana baca je ayat kat atas ni terasa gelisah hati ni..kadang2 ana tanya pada diri sndiri "apa yang aku dah buat sepanjang hidup aku??apa yang aku dah bantu pada agama Allah ni??"..
Sejujurnya ana ingin menjadi seperti dulu.. ya, seperti dulu!!

Ya Allah, indahnya saat menjadi seorang musafir yang dahagakan ilmu membuatkn "dia" mampu mngorak langkah ke segenap penjuru.. dapat merasa manisnya ilmu yang dikecapi, menjadi kuat saat letih menghampiri, menjadi senang saat susah dihadapi, menjadi rindu pabila masa mencemburui diri, dan menjadi penawar pabila diri menangis sendiri...

Ya Allah, aku ingin menjadi aku yang dulu.....
rindu saat bersahabat dengan mereka...rindu bergerak merasai kesusahan bersama...
sahabat, hebatnya kita dulu kerana Allah...
kentalnya kita daripada bercampur dengan muslimah2 kerana adanya Allah...
terjaganya iman dan batas2 pergaulan kita bila berhadapan dengan muslimah2 kerana adanya Allah...


sahabat, kini kita masing2 di medan perjuangan...
suasana dan keadaan tidak lagi seperti dulu..tapi ana harap kita masih lagi tegar dan mampu menepis segala macam dugaan itu...
Dugaan yang Allah dah tentukan keatas kita sepertimana firman-Nya :

"Apakah manusia itu mengira bahawa Kami akan membiarkan (saja) mereka mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? (Al-Ankabut:2-3)"


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....bantulh aku untuk kuat seperti dulu dan mampu menjadi aku yang dulu..InsyaAllah...Amin..

Tuesday, January 4, 2011

~ KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR ~

-> Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa ALLAH SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari ALLAH SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

-> Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

-> Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah ALLAH janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah ALLAH sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh ALLAH Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)

-> Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA' yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia....