Friday, February 4, 2011

SAHABATKU, TELAH LENGKAP SEPARUH DARIPADA AGAMAMU..

 

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Alhamdulillah, tanggal keramat buat sahabat ana yakni pada 03/02/2011, hari KHAMIS, malam jumaat tepat jam 10.07 p.m, tangan dijabat oleh Tok Kadi disertai lafaz akad nikah yg penuh bermakna..hurmmm, tapi dua kali lafaz baru sempurna akad nikah tu..Alhamdulillah.. gementar mungkin dan mcm tu la jg yg bakal ana rasa nanti bila tangan dijabat disertai lafaz sakinah..wallahu'alam,tak tahulah bila..apa2 pun ana nak berkongsi sedikit kegembiraan apabila seorang sahabat ana telahpun melengkapkan separuh daripada agamanya..telah menemui pemilik cintanya setelah Allah dan Rasul..telah menemui pemilik rusuk kirinya serta telahpun bercantum separuh daripada hatinya dgn separuh hati milik seorang muslimah yg telahpun bergelar zaujahnya..

Sabda nabi SAW :

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu." (riwayat Muslim)

ana tak mampu nak tulis ape utk post kali ni cumanya hanya mampu mendokumentasikan beberapa dalil ttg perkahwinan...InsyaAllah..

Hadits dari Yahya bin ja’dah adalah sabda Nabi SAW "Perempuan itu dinikahi karena empat faktor yaitu agama, martabat, harta dan kecantikannya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang merugi" (HR Bukhari dan Muslim).  

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21) "

firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..." (Surah An-Nisa' 4 : 3)
 

yang ni perlu dipertimbangkan oleh kaum lelaki yakni mesti memikirkan sama ada mmpu untuk berpoligami atau tak...^_^ ..kepada kaum perempuan mesti tak berapa suka bile dibincangkan soal poligami..tp itulah realitinya yg mana Allah swt memberi kelebihan kpd kaum lelaki utk memiliki isteri lebih dari satu..makanya, kpd perempuan2 di luar sana tidak boleh mempertikaikan ttg hal ni..wallahu'alam..

Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah, cukup sekadar ni dulu perkongsian ilmu ttg Munakahat..
kpd sahabat ana dan zaujahnya, smga Baitul Muslim yg dibina kekal hingga ke akhir hayat..
mudah2an Baitul Muslim yg dibina ni juga merupakan Baitul Dakwah supaya kite akan lebih hebat lepas ni dlm melaksanakan urusan agamaNYA... Ameen... 

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan...ana amat berminat dengan kisah yang saudara post ni...kebiasaannya orang yang nak menikah ni yang gementar, tapi ana sebagai sahabat beliau pula yang gementar :)alhamdulillah beliau telah selesai bersama zaujahnya [moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan mendapat redhaNya, insyaAllah] persoalannya: saudara bila lagi???

    ReplyDelete
  3. salam...yang nikah ni kawan ana di ukm, laila

    ReplyDelete