Sunday, October 24, 2010

Fiqh Aulawiyyat Dalam Gerakan Dakwah

Prof. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan daie yang ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini dan masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi 'fiqh Al-Aulawiyat' dalam Gerakan Dakwah, menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi hilangnya dimensi fiqh Al Aulawiyat di kalangan para daie telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku. Justeru itu, beliau telah mengetengahkan orientasi bahawa dalam fiqh semasa dua buah buku beliau yang terpenting dalam menganalisiskan konsep tersebut iaitu Al-Aulawiyat Al-Harakat Al-Islamiyah Fi Al-Marhalati Al-Qadimah (Keutamaan dalam Gerakan Islam Pada Tahun Mendatang) dan Fiqh Al-Aulawiyat Dirasatun Fi Dhaui Al-Quran Wa Assunnah An Nabawiyyah (Fiqh Al-Aulawiyat - satu kajian dari perspektif Islam Quran dan Sunnah).

RASIONAL FIQH YANG BARU
Beberapa tokoh ilmuan ternama seperti Al Syeikh Mohd. Al Ghazali, Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi, Dr. Taha Jabir Al Auni, Dr. Hasan Al Turabi, Syeikh Rashid Al Ghanusi dan beberapa lain-lain memperihatinkan keperluan masyarakat Islam mempunyai perspektif yang baru dalam memahami fiqh. Ia tidak seharusnya terikut dengan takrif yang tradisional semata-mata. Konsep fiqh wajar diperluaskan dengan lebih komprehensif dalam Gerakan Dakwah semasa, terdapat beberapa permasalahan pokok yang telah mengakibatkan beberapa 'sit back'. Di antara permasalahan tersebut ialah kewujudan kelompok 'mutatarrif' dalam kefahaman keagamaan dan juga golongan yang 'jumud' dari segi pemikiran. Karya Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi yang berjudul 'Assohwat Al Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf' (Kebangkitan Islam Di Tengah-Tengah Golonga nYang Menentang Dan Ekstrim) jelas membuktikan hakikat tersebut.
TAKRIF FIQH AULAWIYAT
Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi fiqh Al Aulawiyat itu bererti meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Dengan lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan. Allah S.W.T berfirman : 'Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9):
Perkara asas dalam hal ini ialah semua aspek hukum, amal, nilai dan taklif tidak berada dalam suatu susunan yang sama. Justeru itu Al Quran mengemukakan hajat yang amat kuat seperti yang terdapat dalam surah At Taubah, Ayat 19 - 20 Allah S.W.T berfirman :
Maksudnya :
'Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjid Al Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orangnya yang mendapat kemenangan'.
Sementara hadis Rasulullah S.A.W maksudnya :
'Iman itu mempunyai 70 cabang yang tertinggi ialah kalimah La Ilaha Illallah dan yang paling rendah ialah mencabut duri di atas jalan'

KEHILANGAN DIMENSI AL AULAWIYAT DALAM KEHIDUPAN UMAT
Salah astu faktor yang mengakibatkan kedaifan umat Islam pada masa kini ialah kehilangan pertimbangan golongan yang berpendidikan dan golongan awam terhadap Fiqh Al Aulawiyat. Di kalangan masyarakat belia-belia penekanan ke atas sukan menjadi lebih penting dari perkembangan intelek. Bintang masyarakat pada masa ini bukan ilmuan atau penulis, mereka menjadikan artis-artis sebagai idola. Apabila seorang ilmuan meninggal dunia, media tidak memberikan apa-apa liputan penting. Fenomena tersebut jelas membuktikan tidak ada priority dalam masyarakat. Mana yang dikatakan prinsip dan tidak berprinsip atau yang lebih penting dari yang kurang penting.
Kehilangan dimensi turut berlaku dengan serius orang yang iltizam denga agama. Adalah jelas mereka tidak memahami konsep fiqh serta tidak mempunyai ilmu yang mendalam. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi memberi beberapa sumbangan wang dari para hartawan muslim untuk menyebarkan dakwah serta menentang kekufuran. Para hartawan lebih mementingkan sumbangan wang untuk membina masjid-masjid di tempat-tempat yang telah banyak terdapat masjid. Fahim Huwaidi, penulis yang berorientasi Islam memberi pandangan bahawa pada saat ini umat Islam sewajarnya mengutamakan usaha menyelamatkan tragedi Bosnia Herzegovina dari menunaikan haji. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi menyetujui pandangan beliau.
Selanjutnya beliau memberi contoh tentang sekumpulan pemuda-pemuda di dunia arab yang begitui ikhlas dengan agama. Mereka adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus-kursus profesional seperti perubatan, kejururawatan, arkitek, perakaunan, pertanian dan sebagainya apabila sahaja mereka menumpukan segala tenaga dalam bidang dakwah. Mereka sewajarnya kekal dengan profesion tersebut kerana dari segi hukum syarak ilmu-ilmu tersebut adalah bersifat fardhu kifayah. Umat Islam yang mempunyai kelayakan profesional amat berkurangan jika dibandingkan dengan yang bukan beragama Islam.
Pada hakikatnya umat Islam pada hari ini telah mengabaikan kewajipan khilafiah seperti penguasaan segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Umat juga tidak dapat menyaksikan dinamik ijtihad dalam fiqh dan istinbat hukum, penyebaran Islam secara besar-besaran, perlaksanaan syura Umat Islam juga tidak menempatkan apa yang disebut 'faraidh aini' seperti kewajipan amar ma'ruf dan nahi munkar di mana Al Quran mendahulukannya dari solat dan zakat. Ini dibuktikan dalam surah At Taubah : 17. Di dalam masyarakat Islam semasa, ada golongan yang mementingkan suatu rukun ke atas rukun yang lain. Mereka mengutamakan puasa dan zakat. Al Quran menekankan kewajipan solat dan zakat sebanyak 27 kali. Terdapat juga sebahagian umat Islam yang menekankan perkara-perkara yang sunat (Nawafil) seperti zikir, tasnih dan wirid dari perkara-perkara yang difardhukan selain dari rukun Islam yang lima itu. Mereka tidak melayani ibu dan bapa, mempertautkan silaturrahim, ihsan dengan tetangga, ramah dengan golongan yang lemah, memperihatinkan golongan fakir dan miskin, menentang kemungkaran dan kezaliman dalam institusi politik.
Masyarakat Islam juga lebih mementingkan ibadat fardhiyah dari ibadat ijtima'iyah prinsip jemaah, syura al-'adl, hak-hak kemanusiaan dan lain-lain masih terabai. Mereka juga lebih mementingkan al-furu' dari al-usul. Sebuah prinsip yang terpenting yang telah dirumuskan oleh orang-orang yang lalu ada menyebut : 'Min Dhiai al-Usul Hurmul Usul'. Umat Islam leka dengan kewajipan yang lebih utama iaitu membina asas akidah, iman dan tauhid serta ikhlas denga agama Allah S.W.T. Kecenderungan sebahagian masyarakat menentang perkara-perkara yang jelas haramnya adalah jelas menunjukkan betapa ceteknya kefahaman mereka terhadap fiqh dan ilmu usul fiqh.

HUBUNGKAIT FIQH AL AULAWIYAT DENGAN FIQH AL MUAZNAH (FM)
Fiqh Al Aulawiyat begitu berkait dengan FM. Yang dimaksudkan FM ialah kepunyaan seorang individu yang berkelayakan untuk membuat pertimbangan memilih di antara masolih dan manafi' atau al-akhirah al-masru'ah. FM juga bermaksud untuk memilih mana yang dikatakan mafasid dengan mudhar dan sementara FM turut memberi ruang untuk membuat pertimbangan yang paling tepat dalam memilih di antara perkara yang masalih dan mafasid. Dalam kategori yang pertama - prinsip-prinsip dharurriyyat, hajiat dan tahsinat adalah penting dikaitkan dengan fiqh Al Aulawiyat. Bahkan dalam konteks dharuriyyat agama (al-Din) dijadikan sebagai prinsip terpenting dari lain-lain prinsip an-nafs, an-nasl, al-akal dan al-amal, an-nasl, al-akal dan al-amal, sementara al-maslahah mempunyai status yang amat anjal. Peristiwa 'Sulh al-Hudaibiyyah' membuktikan sikap dan tindakan futuristik Rasulullah S.A.W begitulah juga kedudukan al-madhar dan al-mafasid. Kedua-duanya amat bergantung kepada kadar kemerbahayaan masing-masing. Fiqh Al Aulawiyat mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid. Dalam gerakan dakwah masa kini, Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi mengingatkan para daie memahami dengan jelas dan tepat apa yang dikatakan Al Aulawiyat fi majal al-Islah. Di antara isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan adil dan cermat ialah keutamaan gerakan intelektualisme, keperluan (kewajipan) mewujudkan aliran al-wasitah, apakah melaksanakan hudud atau mengaulawiatkan pendidikan penerangan tentang Islam.

No comments:

Post a Comment