بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
SubhanAllah....Alhamdulillah...Allahuakhbar...
Puji-pujian hanya buat Sang Pencipta..yang menciptakan langit serta seisinya..yang melimpahkan satu nikmatnya daripada seratus nikmat yg dijanjikan-Nya..tetapi satu Rahmat yg ada itu sudah mencukupi bahkan melimpah ruah kepada seluruh isi alam ini..dan DIA berjanji bahawa masih ada 99 Rahmat di syurga kelak buat hamba2-Nya yg terpilih..seperti mana sabda Rasulullah saw brmksd:
Allah.....adakah kita yg mnjadi pilhan-Nya??
“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”
Allah.....adakah kita yg mnjadi pilhan-Nya??
saat ini kita bernafas, adakah pernah Allah mengeluarkan bil seperti bil broadband, bil telefon, bil air, bil elektrik atau Bill Gate atau apa2 BIL YANG PERLU KITA BAYAR??
kalau Allah nak DIA berhak utk cas setiap 20cm3 (sentimeter padu) Oksigen (O2) dan sebagainya dgn jumlah RM 0.25..
boleh juga DIA cas 200cm3 pertama dgn kadar RM 0.25 (warna kuning ni xsensitif ke??hehe) dan 100cm3 seterusnya dgn kadar RM 0.40...Tapi Allah x menzalimi makhluk2-Nya..
Allah xkedekut bahkan DIA bagi secara adil..
tak kiralah makhluk-Nya tu igt kat DIA ke x...Rindu kat DIA ke x..Sayang kat DIA ke x..Cinta kat DIA ke x, DIA bg ja semua makluk DIA oksigen tu
"FREE UNLIMITED..."
Saat ini kita masih boleh buat itu dan ini..
Saat ini kita masih mampu bercakap itu dan ini..
Saat ini kita masih mampu berjalan ke sana dan ke mari..
Tapi sedarkah kita SAAT itu dan SAAT ini adalah milik DIA..
Masa itu pun milik DIA..
Allah...segala2nya MILIK DIA...
takdak apa pun milik kita...
tapi kenapa kita angkuh??
kita ego sesama manusia..
Bertelingkah antara sesama manusia bahkan seagama..
Kita sangka kitalah hebat..
Kita sangka kitalah yg paling kaya..
Kita sangka kitalah yg paling banyak itu dan ini..
Kita sangka......dan kita sangka....dan kita terus bersangka itu dan ini milik kita....
INGATLAH, KITA TAK PUNYA APA-APA DI MUKA BUMI NI...
tugas dan tujuan hidup kita adalah beribadah kpd Allah..
Jadi, perlakukanlah apa2 pun perkara yg baik dgn niat IBADAH kerana Allah..
seperti mana Firman Allah yg bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah) kepada-Ku". (Az-Zaariyat:56)
dan jagalah juga hubungan kita sesama manusia..jangan bertelingkah dan jangnlah terputus Silaturrahim...Firman Allah yg brmksud:
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil"
Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan:
1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."
2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."
3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
p/s: InsyaAllah ana akan cuba utk tdk bersangka buruk kepada orang lain lagi..kena mujahadah dan sentiasa mujahadah..dan segala apa yg ada dlm blog ni adalah ingatan dan teguran buat diri sendiri.. kalau ada yg berkaitan dgn perasaan tu pulak sbnrnya dpt Ilham tp bukan
Wassalam..
Mana milik kita
ReplyDeleteTidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani