Friday, December 30, 2011

Penantian...

Alhamdulillah…sekurang2nya dpt melelapkan mata walau sekejap..lantas terus bangun mencari sumber ketenangan akhirnya ditemui di balik samar2 cahaya yang sedikit menyelinap masuk melalui ruang2 kecil itu..usai mengenal kondisi diri yang seakan-akan semakin layu, pandangan juga menjadi semakin kabur, usahkan dikira menggeletar tubuh badan yang semakin lemah, lantas kalimat2 keagungan Allah swt tanpa henti menitip dari bibir yang seakan-akan terkumat-kamit..Allahuakhbar, diri pula seakan-akan cuba menguatkan, hati seakan-akan cuba menenangkan, fikiran seakan-akan cuba meneutralkan keadaan..ya, inilah kafarah dari Allah swt..mata cuba dilelapkan semula berkali-kali namun masih gagal..ku tatap wajah sahabat-sahabat seorang demi seorang, mana tau boleh dapat tidur, tapi xberkesan langsung..seolah-olah runsing dan hilang perasaan nak memejamkan mata..
Dalam keadaan itu, diri cuba menguatkan, akhirnya laptop kubuka dgn perlahan2..ingin dicoretkan sedikit perkongsian yang boleh jadi ianya buat kali terakhir utk diri ana sekiranya selepas ini tdk diberi kesempatan lagi oleh Allah swt..”Penantian”….penantian secara harfiahnya atau secara sinonimnya boleh juga menjadi “menunggu sesuatu”..xkisahla sama ada menunggu perkara yang pasti ataupun menunggu suatu hal yg x pasti..ya, inilah penantianku..banyak yg ana menanti sebenarnya dan kalau nak dicoretkan di sini memang xkan cukup semalaman menaip..biarlah apa yg kalian cuba menafsirkan apa yg sedang ana tunggu kerana stp manusia punya hak untuk menginterpretasi setiap kata-kata org lain..
Penantian bagi sebuah jawapan di sebalik hikmah itu lebih ana tunggu..ya, kerana apabila kita yakin ada hikmah disebalik hal itu, pasti suatu saat nnti Allah akan buka hijab hikmah tersebut..namun, kalau nak difikirkan semula penantian bagi sebuah jawapan itu adalah blm pasti..mungkin jawapan itu xkan diberikan mengikut kehendak masa kita, atau mungkin juga jawapan itu tidak sama langsung dgn harapan kita..itulah hikmah kedua yg perlu kita lihat dari aspek positifnya..tentu sekali amat sukar utk diterima namun berbaliklah kepada firman Allah swt yang bermaksud “…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216).. SubhanAllah, biarkan dgn jawapan itu sama ada serupa dgn yg diharapkan atau tdk..kalau serupa dgn apa yg diharapkan SYUKUR, tapi kalau tdk berbaliklah kpd firman Allah seperti di atas tadi..

PENANTIAN YANG PASTI..
“Kematian”..ha, inilah penantian yang ana tunggu-tunggu..sebuah penantian yang pasti berlaku serupa dgn yang kita hrpkan..cumanya, yang xkan serupa dgn yg kita hrpkan ialah adakah kematian kita itu dlm keadaan husnul khotimah ataupun su’ul khotimah..seperti mana dlm firman Allah swt yang bermaksud  Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali 'Imran ayat 185)..
Ingatlah wahai sahabat2ku, sehebat manapun kita, sebesar manapun rumah kita, seberapa banyak mana pun harta kita,  seramai manapun isteri dan anak-anak kita (bagi yg dah bernikah dan mempunyai isteri yg ramai atau seorg serta yg dah ada anak shja, yg belum nikah xtermasuk.), setinggi manapun pangkat kita atau yang seangkatan dgnnya, igtlah wahai sahabat bahawasanya kita akan kembali kepada Allah hanya dgn amal perbuatan kita shja..segala semua benda dan prkara yg ana sebut kat atas tadi tu kita akan tinggalkan macam tu je..nak bawak masuk kubur sekali????oh, no way bebehhh...nak buat apa??igt, dlm kubur xde highway nk drive kereta, dlm kubur xde lot tanah nak diletakkan rumah kita yg besar tu, dlm kubur kita nanti xde bank nak simpan duit kita byk2, kat dalam kubur nanti xde pangkat2 perdana menteri, menteri, yang berhormat dan seangkatan dgnnya..yang ada cuma ruang empat segi berlantaikan tanah, berdindingkan tanah dan hanya bertemankan caacing tanah..ruang yang 7 kaki panjang, 3 kaki lebar dan 7 kaki dalam itu hanya mampu memuatkan jasad kita yg terbujur kaku itu shaja..itulah rumah kita..Allahuakhbar...


Jujur, apa yang ana tulis ini adalah untuk muhasabah diri..bila mana kita berada dlm keadaan SAKIT inilah Allah akan membuka hati kita untuk igt kpd mati..itulah fitrah asal manusia..padahal, sepatutnya setiap saat, setiap detik kita wajib mengingati mati kerana kita xtau bila masa yang tlh Allah tetapkan untuk kita kembali kpdNYA..Alhamdulillah, bersyukurlah apabila ditimpa KESAKITAN kerana disebalik kesakitan itu ada KENIKMATAN jika manusia itu bijak melihatnya kembali kepada Allah swt yang memberikan kesakitan itu..namun ada juga manusia yang apabila ditimpa kesakitan malah semakin jauh daripada Allah kerana sering menyalahkan Allah swt..na’uzubillahi min zaliq..
InsyaAllah, mudah-mudahan kesakitan ini xberpanjangan dan melarat di minggu-minggu yang semakin getir dgn peperiksaan akhir semester..mohon keberkatan doa daripada mak ayah yang sentiasa dititipkan buat kita..tanpa mak ayah kita, pasti kita xkan berada di atas muka bumi Allah ni..selawat dan salam juga buat Baginda Nabi saw, kekasih Allah swt yang ana kagumi..para alim ulama dan seluruh umat islam yang ada di atas muka bumi Allah ini sekalipun yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia, semoga Allah swt merahmati kalian dan kita seluruhnya..
Ana mohon kemaafan kepada kalian sekiranya ada kesalahan dlm tutur kata, terlajak bicara, yg membuat hati kalian terluka, termasam muka, termakan harta benda, ana mohon dimaafkan dan dihalalkan segalanya..takut2 inilah nukilan terakhir dan sekiranya xlagi diberikan kesempatan untuk mencoretkan di sini sekurang2nya ini boleh mengurangkan beratnya timbangan dosa diri yg hina ni..
wallahu ta’ala a’lam..semoga bermanfaat.. 

sabar menanti sebuah jawapan...

Muhammadsyafik.blogspot.com

Wednesday, December 28, 2011

Teladani Umar bin Abdul Aziz

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah, pertama-tamanya marilah sama-sama kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kita kpd Allah swt, kerana di saat ini, kita masih lagi dikurniakan nikmat2-NYA yg melimpah ruah tanpa pernah kita meminta bahkan DIA memberi sblm kita meminta dan DIA tahu ap yg kita perlukan..yang paling besar lagi iaitu nikmat Iman dan Islam yg insyaAllah masih lg kekal tersemat dlm roh-roh kita..dgn izinNYA juga jari-jemari ni masih lagi mampu digerakkan untuk menekan-nekan huruf-huruf di laptop ni..Alhamdulillah, usai balik dari surau terbaca satu artikel berkenaan seorang pemimpin yang begitu zuhud..seorang pemimpin yang begitu amanah..seorang pemimpin yang begitu ana kagumi iaitu Saidina Umar Bin Abdul Aziz..teringatkan blog yang dah lama tak jenguk akibat kesibukan, maka insyaAllah inilah tempat utk ana berkongsi ttg kisah beliau..

SEBELUM MENJADI KHALIFAH
Sebelum menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz hidup dalam kemewahan. Beliau lahir dan dibesarkan di Madinah. Oleh kerana dia tidak mengikut ayahnya yang berpindah ke Mesir(untuk menjadi Amir), Abdul Malik bin Marwan, khalifah ketika itu yang juga pak cik sebelah ayahnya memerintahkan elaun 1000 dinar kepada Umar bin Abdul Aziz setiap bulan.[nilai syiling dinar kini lebih kurang 5ribu sekeping. 5000x1000=5m]. Umar bin Abdul Aziz bila bejalan akan terbau harum minyak wanginya dari kejauhan. Rambutnya terurai rapi dan indah. Sarung jubahnya dibiar meleret dan jalannya melenggang. Dia popular dengan gaya jalannya itu. Kalau seliparnya rosak, dia akan terus membuangnya, jika hambanya mengambil selipar itu(untuk dibaiki) dia akan marah. Sutera berharga 800 dirham masih kasar padanya. Meskipun begitu, dia tidak pernah melakukan perbuatan tercela yang berkaitan dengan perut, kemaluan dan pemerintahan.

KETIKA MENJADI KHALIFAH
Sejak menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz meninggalkan kehidupan mewah kerana takutnya dia dipersoalkan di hari pembalasan kerana amanah pada harta rakyatnya. Gajinya sebagai khalifah ialah 200 dinar. Setiap hari, belanja untuk keluarganya makan cuma 2 dirham. Bajunya cuma 8 dirham tetapi bila dia mengusap baju itu dia masih berkata 'Alangkah bagusnya..'. Pada suatu ketika dia terlambat kemasjid untuk bersolat Jumaat sehingga ramai jemaah mencelanya, sebenarnya bajunya dicuci dan dia tidak ada baju lain untuk dipakai. Malah, Umar tidak mampu mengumpulkan biaya untuk dia menunaikan Haji. Walaubagaimanapun, dia berjaya mengkayakan rakyatnya hingga tiada siapa yang berhak menerima zakat. Seluruh baitul-mal digunakan untuk menolong orang miskin, sakit dan ibn sabil (anak yatim sebab peperangan), membantu rakyat menyelesaikan hutang dan melepaskan pajak, mengembalikan harta yang dirampas secara zalim oleh pemerintah terdahulu dan memberi setiap orang buta seorang pembantu khas.

Suata hari seorang wanita Iraq datang kerumah Umar bin Abdul Aziz. Oleh kerana tiada pengawal yang berkawal dirumahnya, sesiap saja boleh datang berjumpa khalifah. Ketika perempuan itu datang, Fatimah (isteri umar) sedang menjahit pakaian lalu menyambut kedatangan tetamunya. Ketika mereka sedang bercakap-cakap, datanglah Umar keperigi disisi rumahnya. Dia mengambil air dari perigi dan membasuh lantai rumah yang berdebu. Sambil dia mengambil air, dia asyik melirik pada Fatimah. Wanita Iraq itu pon berkata kepada Fatimah 'Tutuplah dirimu lebih rapat, kulihat pembantumu ini sering menjeling kepadamu'. Lalu Fatimah menjawab 'Dia bukan pembantuku, dialah Amirul Mukminin'. Aduhaii.. khalifah disangka pembantu, betapa sederhananya penampilan Umar bin Abdul Aziz.

Sejak dari dahulu, bani Umayyah menikmati kemewahan yang dikurniakan dari Khalifah mereka. Tetapi ketika Umar bin Abdul Aziz memerintah, beliau memotong pemberian yang biasa mereka dapati. Malah segala harta rakyat yang mereka dapati secara zalim (melalui khalifah terdahulu) juga dipulangkan semula kepada tuannya. Ini menyebabkan bani Umayyah tidak suka kepada Umar. Suatu hari mereka menemui Umar untuk mengambil pemberian dari Umar, tetapi Umar hanya memberi 10 dinar saja pada mereka. Meraka marah kerana tidak berpuashati, lalu Umar berkata 'Aku habiskan satu malam memohon ampun kepada Allah untuk memberikan kamu 10 dinar ini'. Bani Umayyah mencela diri sendiri kerana mengahwinkan ayah Umar; Abdul Aziz bin Marwan dengan cucu Saidina Umar Al Khattab yang terkenal tegas dalam pemerintahan.

AKHIR PEMERINTAHANNYA
Setelah kematian pembantu setianya; Sahal(saudaranya), Abdul Malik(anaknya) dan Muhazim(hambanya) beliau berdoa supaya Allah segera menjemputnya. Beliau akhirnya wafat kerana diracun. Sebelum wafat, dipanggil orang yang meracunnya malah memaafkannya. Beliau memerintah cuma selama 2 tahun 4 bulan tetapi membawa kesenangan pada rakyatnya.

Wallahu’alam…semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua..teladanilah sifat2 beliau yang cukup hebat ketika mana bergelar sbg seorang pemimpin..Ya Allah, semoga aku dapat mencontohi akhlak Baginda Nabi saw dan sifat2 yg ada pada Saidina Umar bin Abdul Aziz..Amin

Talaqqi 2012 - Kitab Akidah Islam




InsyaAllah, program pengajian intensif ini meletakkan sasaran untuk belajar dan khatam kitab ini, serta mendapatkan ijazah daripada Syaikh Muhammad Fuad.

(Insya Allah, para peserta akan dibekalkan dengan kitab ini, yang sudah termasuk dalam yuran program.)


Ringkasan Kitab ‘Aqidah Islam


• Kitab ini dikarang oleh al-Imam Syeikh al-Islam Sayyid Abdullah Ibn Alawi al-Haddad yang merupakan ketua ulama dan mujaddid pada abad ke-12.


• Kemudiannya kitab ini diringkaskan oleh Prof Dr Sayyid Muhammad Ibn Alawi al Maliki . Sayyid Muhammad memilih kitab ini untuk dijadikan silibus pengajian di Madrasah beliau kerana kitab ini mempunyai gaya penulisan yang mudah difahami dan pengisian yang lengkap dan penting untuk kegunaan masyarakat yang kini dibelenggu kebingungan berkenaan dengan ‘aqidah.


• Kemudiannya kitab ini diterjemahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, dengan penterjemahan yang lebih ringkas dan padat.


• Kitab ini membicarakan berkenaan dengan Tauhid dan sifat Allah. Dalam bab ini kita akan dapat mengetahui sifat Allah dan mengenali dengan lebih tepat berkenaan dengan konsep ketuhanan yang sebenarnya .


• Kemudian kita akan dapat mempelajari konsep kenabian dan kerasulan, malaikat, rukun iman dan islam sebagainya.


• Semua yang kita akan pelajari nanti merupakan satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh umat Islam yang lebih-lebih lagi seperti kita yang merupakan ahli awam.


• Kita juga akan memasukan isu yang semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘aqidah Islam.
petikan daripada laman web http://intensif2012.wordpress.com/

Wallahua'lam...

Wednesday, October 26, 2011

SYAHID BESAR & SYAHID KECIL

Mati syahid terbahagi kepada dua jenis, syahid besar dan syahid kecil. Syahid besar merujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia di medan perang ketikaberjuang membela Islam. Orang yang gugur syahid seperti ini jenazahnya tidak dimandikan, tidak dikafankan dan dikebumikan di tempat beliau gugur, iaitu dimedan perang itu sendiri.

Syahid kecil merujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia dalam keadaan dizalimi, keadaan mengerikan atau dalam keadaan sedang melakukan pengorbanan.Contohnya ialah meninggal dunia ditikam perompak, dihempap bangunan dan keranawabak penyakit. Orang yang meninggal dunia seperti ini jenazahnya diuruskanseperti biasa. Di Hari Akhirat kelak, mereka dihimpunkan bersama mereka yanggugur syahid di medan perang.

Semua syuhada’, sama ada syahid besar atau syahid kecil dikumpulkan bersama pada HariAkhirat kelak. Mereka mendapat kedudukan yang istimewa dan pahala yang banyak.Namun para syuhada’ ini berbeza-beza tingkatan mereka dengan yang gugur di medanperang berada di tingkatan yang lebih tinggi berbanding yang meninggal duniadalam keadaan dizalimi, mengerikan atau sedang melakukan pengorbanan. Olehkerana itulah dibezakan antara syahid besar dan syahid kecil.

Termasukdalam kategori syahid kecil ialah wanita yang meninggal dunia ketika sedanghamil atau ketika sedang melahirkan. Hadis-hadis yang menerangkan hal iniberstatus sahih. Para pembaca sekalian boleh merujuk kitab Shahih al-Targhib wa al-Tarhib,hadis no: 1394 & 1398.

Perkara penting untuk meraih darjat syahid kecil ialah redha ketika sedang menghadapi kematian. Ketika sedang sakratul maut, hendaklah redha, bahkan gembira kerana akan dapat berjumpa dengan Allah dalam suasana sebagai seorang syuhada’.Firman ALLAH dalam hadis qudsinya:

" KEIKHLASAN ITU ADALAH SUATU RAHSIA DI ANTARA-KU. 'AKU' TITIPKAN DIA KE DALAM HATI ORANG YANG 'AKU' CINTAI DI ANTARA HAMBA-KU."
(Sirrus Salikin hal.150)

Tuesday, October 25, 2011

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin

Cinta Tertinggi



Dia perlukan ketenangan yang lebih. Allah sedang mengujinya.
Surah Toha itu dialun suaranya, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan di kala gundah, surah kekuatan di kala susah.

“Ehem.”

Dan pembacaannya terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh.
Farid Mursyidi sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal.

“Nak apa?” Dia bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, tetapi masih kekal bersila. Dia tahu, pastinya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya.

“Masih bermasalah dalam membuat pilihan wahai sahabatku Syakir Muntasir?” Bahunya ditepuk, dan Farid kini bersila di hadapanya. Lutut bertemu lutut.

“Aku masyghul la. Keputusan yang sukar.” Syakir menggaru kepala.

“Istikharahnya macam mana?”

“Apa, kau ingat semua istikharah keluar mimpi bagi jawapan? Kalau macam itu  baik aku istikharah setiap malam periksa.” Syakir menjelirkan lidah. Farid seakan-akan tidak tahu bagaimana sistem istikharah yang sebenarnya berfungsi.

Farid tertawa senang. Bahu Syakir ditepuk beberapa kali. Mungkin memahami, sambil terkesan dengan canda tadi.

Istikharah bukanlah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita.  Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkulasi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah ketenangan hati yang kuat apabila membuat keputsan.

“Aku nampak jalan ke sebelah B lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana.” Syakir melepaskan keluhan. Nampak bahawa Jalan B bukan jalan pilihan asalnya.

“Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan hilang?”

Dan kini matanya dan mata Farid bertaut. Sengih kelat muncul pada wajah Syakir. “Lebih kurang. Kau tahu aku cintakan Humaira’ bukan? Aku hanya perlu tunggu dua tahun sahaja lagi.”

“Tapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu kahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu. Namun, memilih Anum Sakeena ada downsidenya.”

“Ada ‘banyak’ downsidenya.” Syakir menambah.

Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar.

“Kadang-kadang Syakir, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuh, bersandar pada dinding. Melunjur kaki, sambil memandang siling.

Jiwa Syakir seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu.

“Maksud?”

“Yalah. Kalau aku, aku akan biarkan sahaja Anum. Aku akan sanggup tunggu Humaira’. Aku sanggup menderita dua tahun, dari ambil risiko duduk dengan Anum. Tambahan, dalam posisi kau, aku cintakan Humaira’. Tinggal…” Kata-kata Farid terhenti. Dia melirik kepada Syakir.

Mata Syakir dan Farid bertemu. Syakir hanya diam. Ingin Farid menyempurnakan bicara.

“Tinggal kita tahu, Anum memerlukan bantuan kita, pertama. Kedua, dalam posisi kau, kita memerlukan kehadiran Anum yang sanggup berkahwin dengan kita sekarang. Ketiga, hajat Anum bukan hajat yang kecil, dan belum ada yang  sanggup membantunya, sedang kita telah terlanjur memikirkannya, tambah pula dalam posisi yang siap untuknya.”

“Kita? Kau ajalah yang pergi ambil Anum.”

Farid tertawa. “Kita di sini bermaksud kau lah. Aku mana mampu kahwin lagi. Kau dah mampu, tinggal kena tunggu sebab nak kejar cinta sahaja. Itulah yang aku kata, kita ini walaupun ikut jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia. Kita amat tahu relevannya hajat Anum, tetapi kita rasa sukar nak penuhi hajat dia, sebab hajat dia tak ada harganya di atas dunia. Hanya berharga di akhirat sana. Aku sebut kita, sebab kalau aku jadi engkau, aku sendiri jadi berat.”

Suasana bilik itu senyap sebentar. Seakan menunggu giliran, azan isya’ dari Masjid University of Yarmouk kedengaran. Azan mendayu-dayu, seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengkusutkan itu.
Dunia dan akhirat. Orang-orang yang mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah pun, adakalanya masih tergari dengan dunia. Sedangkan, secara sedarnya, dia tahu apa pilihan yang patut dia lakukan.

Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Syakir kembali bertemu. Masih senyap.

Perlahan-lahan Farid berdiri, dan mendekati Syakir. Bahunya disentuh lembut.

“Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.”
Kemudian Farid bergerak keluar dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid.

Syakir keseorangan.

Campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya.
 
*******

Namun Allah SWT menguji. Anum Sakeena dipercayai mempunyai Systemic Lupus Erythematosus atau SLE. Satu penyakit yang akan meragut nyawanya untuk satu jangka masa yang tidak lama lagi. Tetapi tiada siapa yang melihat Anum Sakeena bersedih hati atau kegelisahan. Dia seakan-akan manusia paling tabah yang berjalan di atas dunia ini. Dia tidak pula pulang ke Malaysia dan berhenti belajar seakan-akan dunia telah kiamat. Dia masih meneruskan kehidupan, studi dengan rajin, dan hidup dengan gembira.
Tetapi, ada satu perkara yang menggusarkan Anum Sakeena. Dan perkara itu tidak diceritakan kepada sesiapa, kecuali seorang manusia yang 
diyakininya dalam keadaan mampu, dan mungkin akan membantunya.

Itulah dia Syakir Muntasir. Pelajar Tahun 3 Fiqh Wa Usuluhu di University of Yarmouk. Satu angkatan dengan Anum Sakeena, tinggal Anum Sakeena mengambil pengkhususan Iqtisod Islami.

Syakir Muntasir sangat terkenal dengan manusia yang lebih tua dari usianya. Walaupun di luar Syakir kelihatan seperti manusia yang tidak peduli apa-apa, tetapi apabila keadaan memerlukan seorang Syakir Muntasir untuk serius, tiada sesiapa yang mampu menghentikannya. Fikirannya matang, fikrahnya jelas, disiplinnya tinggi, pandangannya jauh, dan dia seorang yang siap untuk memikul tanggungjawab yang besar, juga mampu menghadapi banyak dugaan kehidupan.

Dan Anum Sakeena amat pasti, Syakir Muntasir sedang mempersiapkan diri ke  gerbang perkahwinan, memandangkan ura-ura bahawa lamaran lelaki itu ditolak, atau lebih tepat lagi, ditangguhkan untuk diterima, telah tersebar dalam komuniti di sini. Perempuan itu nampaknya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab pada ketika ini. Dua tahun dimintanya tangguh. Berita sebegini tidak sukar didapati, kerana Syakir Muntasir sangat terkenal di sini. Sama ada dia mendiamkan segala cerita di dalam tubuhnya seorang, atau cerita itu akan bergerak meliputi seluruh Jordan dalam masa yang sekejap sahaja. Dan Syakir Muntasir juga manusia, pasti paling kurang dia akan berkongsi masalah hidupnya dengan teman-teman karib.

Mendengar berita itu, Anum Sakeena terasa seakan-akan Allah membukakan jalan untuknya. Walaupun dia tidak tahu, apakah perancangan Allah SWT yang sebenarnya, namun nyatanya dia telah membuat kalkulasi dan merasakan inilah yang terbaik. Maka dengan berani, setelah mendapat izin ibu ayahnya, dia mewakilkan seorang senior tahun 6 Perubatan untuk menyampaikan hajatnya kepada Syakir Muntasir.

“Anum Sakeena ingin dirinya dikahwini Syakir Muntasir, kerana adalah satu hajatnya yang besar sebelum meninggalkan dunia ini dia meninggalkan satu saham akhirat yang besar untuk dirinya, dan meninggalkan satu hadiah yang besar untuk Islam di atas dunia. Itulah dia seorang anak. Anum Sakeena ingin ada cebisan dirinya, yang tinggal di atas dunia ini untuk terus memberikannya pahala, dan berjuang untuk Islam buat dirinya.”

Dan saban hari, Anum Sakeena berdoa agar Allah SWT memakbulkan hajatnya, atau memberikannya sesuatu yang lebhi baik.
Itulah hajatnya.

Dan bukan sebarang orang akan menyahutnya.
 
******

Syakir bangun dari pembaringannya malam itu. Saat dia yakin dan tenang dengan keputusannya. Saat dia membuat keputusan, untuk membuat satu anjakan paradigma, lompatan saujana yang akan mengubah lorong hidupnya.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Ibu Humaira’ dihubungi.

“Ibu, Syakir rasa, Syakir nak buat keputusan ini.”

Dan hanya esak tangis sahaja kedengaran. Syakir tabah. Tidak tergugah.

Ummi Abahnya dihubungi. “Syakir nekad.”

Dan Ummi Abahnya tidak berkata apa-apa lagi. Menyokong, dan mendoakan.

Dia menggenggam erat tangannya. Keputusan yang berat. Tetapi hendak diluahkannya.
Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!

Mendail nombor terakhir. Kak Rasyidah, pelajar perubatan tahun 6 yang menghubunginya tempoh hari mewakili seorang Anum Sakeena.

“Akak, saya setuju. Sampaikan kepada Anum.”

Dan selepas itu dia terduduk.

“Aku telah membuat lompatan itu Ya Allah. Dan sekarang, aku serahkan diriku  sepenuhnya kepada Engkau. Sungguh, aku hanya hambaMu yang tidak mengetahui apa-apa. Membuat keputusan ini, sekadar ingin menghormati seorang mujahidah yang benar-benar mencintaiMu Ya Rabb. 
Nyatanya, aku sebelum ini tidak mencintaiMu sehebat Cintanya, yang walau matipun masih ingin terus berjuang untukMu.”
Bukan senang melepaskan apa yang selama ini dikejar. Bukan senang memilih sesuatu yang diketahui tidak lama lagi akan hancur. Bukan senang hendak mengenepikan pilihan sendiri, perasaan hati, untuk memilih sesuatu yang benar dan hakiki, kerna biasanya walaupun pilihan diri itu salah, itulah yang disenangi. Dan hari ini dia melakukan, apa yang ramai manusia tidak mampu.
Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia.

Air mata mengalir deras di pipi Syakir Muntasir malam itu.
 
******
 
“Sebenarnya, berapa lama lagi masa untuk awak hidup?” Soalan itu muncul dikala langit sedang indah ditemani bulan mengambang.
Anum menatapnya, dan tersenyum. “Tidak tahu. Tetapi doktor kata, boleh jadi  panjang sekiranya tidak melahirkan anak. Awak pun dah dengar nasihat doktor masa awal-awal teman saya buat pemeriksaan semula dulu, bukan?” Dulu. Macam telah lama. Sedangkan, mereka baru setahun berkahwin.

“Jadi, kenapa hendak melahirkan anak?”

Senyuman Anum melebar. Dan senyuman itu sangat-sangat indah. Bulan mengambng jua bukan tandingan. Nyata ini syurga yang berada di atas dunia. Dan Syakir merasainya.

“Awak sudah tahukan?”

Dan giliran untuk senyumannya pula memekar.

“Tidak takut?”

Anum menggeleng. “Sebab akhirnya, kita akan mati juga. Lebih baik mati meninggalkan sesuatu untuk akhirat kita, daripada mati tidak memberikan apa-apa.”

Tangan Anum dipegang erat. Dikucup. “Saya minta maaf.” Lembut Syakir bersuara.
Anum mengiring. Kerusi malas yang menjadi tilam pembaringan mereka kini berbunyi. Antara aktiviti kegemaran, berbaring di atas kerusi malas bersama-sama, sambil menatap bulan mengambang indah. “Kenapa nak minta maaf?”

“Sebab awal-awal dahulu, saya tidak mencintai awak. Saya sebenarnya ragu-ragu. Tetapi hari ini, saya rasa saya tidak sepatutnya ragu-ragu. 

Saya sepatutnya terus menyahut.” Syakir turut mengiring. Wajah mereka berhadapan.
Majlis kahwin mereka sederhana sahaja. Ummi Abah datang ke Jordan bersama  keluarga Anum, dan mereka berkahwin di Jordan. Saudara mara yang tahu, tidak ramai memberikan sokongan. Sebab semua melihat seakan-akan dia melemparkan diri ke dalam satu kecelakaan. Dia dihujani pelbagai tohmahan dari keluarganya sendiri yang tidak memahami. Abah dan Ummi pun tidak banyak membincangkan hal ini, kerana pada asalnya, Abah dan Ummi juga tidak berapa setuju. Tinggal keyakinannya sahaja yang akhirnya membuatkan tindakan itu mendapat restu.
Bukan satu keputusan yang mudah.

Hanya yang berani melepaskan segala-gala, dan percaya hanya padaNya sahaja yang mampu.
Tetapi hari ini, kepercayaan Syakir itu terasa seperti telah dibalas.

“Em, awak memang patut ragu-ragu. Bukan satu keputusan yang ringan. Dan saya yang patut minta maaf. Sebab saya macam dah hancurkan 
hidup awak. Awak tak berada di atas ‘track’ yang awak nak.” Anum mendekatkan wajahnya, hingga dahinya dan dahi Syakir bertemu.
Syakir menggeleng perlahan. Dahi mereka bergesel. “Ini memang bukan ‘track’  yang saya nak. Tetapi saya rasa, ini ‘track’ yang Allah nak, berdasarkan apa yang saya dapat bila bersama awak selama ini.”

Bayangkan, melihat bakal mayat yang langsung tidak seperti manusia yang berpenyakit maut. Hidupnya tetap ceria. Hidupnya tetap bersemangat dan gembira. Studinya terjaga, bahkan dijaga pula studi Syakir. Anum banyak memunculkan momen-momen indah. Program-program yang mengingatkan mereka berdua kembali kepada Allah SWT juga hangat dirancang oleh Anum. Rumah mereka seakan-akan bercahaya.

Baca Al-Quran sama-sama, malam Jumaat qiamullail bersama, Isnin Khamis puasa bersama, studi bersama-sama, keluar beriadhah di kala petang bersama-sama, pergi berziarah rakan-rakan bersama-sama, melaksanakan program dakwah dan tarbiyah bersama-sama. Dan banyak perkara lagi. Dalam semua itu, dia belajar daripada Anum.

Bagaimana walaupun tahu umur tidak panjang, kekuatan tetap mengisi kehidupan dan diri terus-terusan bergerak dengan cergas hidup sebagai hamba Tuhan. Tidak merungut menyumpah Allah SWT yang memberikannya penyakit itu. Tidak pula mengeluh. Tetapi apa yang dilakukan adalah, mencari segenap ruang dan peluang, mengisi hari-hari yang berbaki untuk menjadi bermakna. Bermakna kepadanya, dan kepadaNya.
Syakir Muntasir bersyukur. Dia tidak tahu bagaimana kalau dia terus menunggu Humaira’. Dua tahun bukan jangka masa yang pendek. Pasti pelbagai halangan, cabaran dan dugaan muncul. Namun memilih Anum, dua tahun itu tidak dilaluinya. Dia melalui saat-saat indah pada setiap masa.

Dia yang awal-awalnya serba salah, kini rasa tenang. Anum Sakeena, seindah namanya. Anum: Rahmat daripada Tuhan. Sakeena: Ketenangan.
Syakir berharap, ketenangan dan kebahagiaannya kekal.

Kekal…

Tiba-tiba terasa tangannya dipegang erat. Dia kembali ke alam realiti, dengan Anum di hadapannya.

“Awak, saya ada satu berita gembira sebenarnya malam ini.”

“Apa dia?” Bibirnya terhias dengan senyuman.

“Saya mengandung. Tiga minggu.”

Matanya membesar.

Kekal…

Itu mustahil bukan?
 
*******
 
Harinya tiba. Dan dia hampir sahaja tidak percaya semuanya berlaku dengan pantas.
Kini dia hanya berdiri, dan di hadapannya adalah sekujur mayat yang telah kaku. Minit-minit terakhir amat memeritkan hatinya. Kini air matanya menitik-nitik pada bayi lelaki yang sedang berada dalam gendongannya.

Semalam, Anum Sakeena selamat melahirkan anak. Namun akibatnya, kondiri kesihatannya merudum di tahap kritikal. Kerosakan pada organ dalamannya merebak dengan pantas akibat melahirkan anak. Satu perkara yang telah lama dipesan oleh doktor.
Beberapa bulan yang lepas, Doktor menasihatkan agar digugurkan kandungan untuk memanjangkan lagi nyawa Anum. Tetapi isterinya berkeras.

“Saya tetap akan mati juga!”

Dia sendiri, di dalam hati, inginkan Anum Sakeena hidup lebih lama. Dia bahagia dengan Anum. Dia rasa tenang dengan Anum. Tetapi melihat nekadnya isterinya, dan mengapa mereka berkahwin pada asalnya, membuatkan dia tidak pernah menyebut hajatnya itu. Dia menghormati cita-cita isterinya. Anum Sakeena terus mengandung hingga pada hari melahirkan anak mereka.

Sempat pula menduduki peperiksaan final pada tahun akhirnya, dalam keadaan sarat mengandung. Hari-hari sepanjang mengandung, dia tetap ceria, walaupun kandungan itu seakan bom jangka yang menandakan hari kematiannya.

“Awak tahu apa yang saya seronok?”

“Apa dia sayang?”

“At least, saya tahu bila saya mati. Boleh persiapkan diri habis-habisan.”

Anum menjawab dengan senyuman seakan-akan itu bukan satu musibah.

Ketika itu, Syakir Muntasir terpaksa meminta izin untuk ke tandas, dan menangis teresak-esak di dalam tandas keseorangan. Tersentuh.

“Kenapa awak tak pernah takut? Orang ramai takut mati.”

“Ah ah, takut buat apa? Pelik, kenapa mesti takut untuk balik kepada Yang Maha Mencintai kita?”

Tersentuh. Entah, hari-hari anak itu berada di dalam rahim Anum, terasa seperti saat kemuncak kehidupan seorang Syakir Muntasir. Matanya lebih terbuka. Dia lebih banyak belajar. Hatinya jadi lebih senang tersentuh. Dan pertama kali dia merasakan bahawa, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Langsung tidak punya tenaga, seakan itulah pertama kali dia menyedari kekerdilan dirinya terhadap Rabbnya.

“Nama dia, Mujahid Muntasir. Pejuang yang mendapat bantuan. Sebagaimana Syakir Muntasir, orang yang bersyukur yang mendapat bantuan.” Dia bersuara menamakan anaknya itu semalam, di hadapan Anum yang teramat lemah.

“Awak dapat bantuan apa?” Anum Sakeena yang pucat lesi ketika itu bertanya sambil tersenyum, walaupun senyumannya ketika itu kelihatan tawar kerana kepenatan dan menanggung kesakitan teramat.

“Allah beri bantuan, untuk saya pertingkatkan kehidupan dan pemikiran saya, dengan awak, sayang.” Jawapannya. Seikhlas hati. Tetapi itu tidak menyelamatkan nyawanya.

“Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih, kerana merealitikan impian saya. Sekarang saya rasa sudah tiba masanya.” Anum dengan air mata meleleh, pagi tadi. Meragut segala ketenangan yang wujud di dalam jiwa Syakir.

Doktor memanggilnya masuk pagi tadi, dengan menggendong anak mereka, dia duduk di sisi perempuan yang dicintainya. Nyata, doktor memberikannya peluang untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya lebih deras dari air mata Anum.

“Anak Ummi, jadi saham akhirat Ummi ya. Mujahid, jadi Mujahid ya. Membesar  jadi anak yang soleh, da’ie yang baik, tewaskan jahiliyyah, dan bawa seramai mungkin manusia ke syurga Allah ya?” Tangan Anum yang terketar-ketar ketika itu, berusaha mengusap lembut bayi mereka.

“Saya cintakan awak Anum Sakeena.”

Anum ketika itu menggeleng. “Awak cintakan Allah, sebab itu awak cintakan saya. Lepas ini, kerana cintakan Allah itu, awak akan berkahwin dan mencintai pula perempuan yang lain. Sebagaimana kerana awak cintakan Allah, awak menerima dan mencintai saya. Awak, jaga diri ya?”

Akhirnya dengan lafaz syahadatain dan wajah penuh ketenangan seperti seorang pemenang, Anum menghela nafas terakhir sebentar tadi. Dan Syakir Muntasir kini sekadar berdiri di sisinya, bersama Mujahid Muntasir yang masih tidak mengetahui apa-apa.

Cinta inilah yang tertinggi.

Cinta kepada Allah, hingga merancang untuk beramal selepas kematian.

Cinta kepada Islam, sehingga merancang untuk terus menyumbang selepas kematian.

Cinta kepada orang sekeliling, hingga mendidik agar semuanya mampu terus bergerak selepas kematian.

Cinta yang sebenar, hingga mampu memutuskan segala gari dunia, yang mengikat pada tubuh hamba. Benar-benar seakan berdiri di atas jalan yang cerah, dan tidak berselirat dengan perangkap ke neraka.

Pada umurnya baru 23 tahun, Syakir Muntasir seakan-akan telah mendapat sesuatu yang besar. Dirinya seakan-akan seorang yang baru.
Teringat dia pada saat dia membuat keputusan ini. Keputusan yang mengorbankan rasa hati, untuk memenuhi rasa Ilahi. Dia melihat apa yang dia perolehi hari ini.

“Ya Allah, aku rasa bersyukur membuat lompatan itu dan mempercayaimu.”

Air mata Syakir Muntasir tidak berhenti.

Dan akhirnya Mujahid Muntasir terjaga, dan menangis.
 
******
30 tahun. 7 tahun telah berlalu.

“Tua dah kita ni ya?” Suara Farid menariknya kembali.

Syakir mengangkat sebelah kening.

“Belum cukup tua untuk berhenti bekerja sebagai hambaNya.”

“Tua yang itu, hanya di kala mati sahaja.” Farid tertawa.

“Dan ada orang, merancang bagaimana di kala ‘tua’nya, masih mampu menyumbang.” Syakir menghela nafas.

Dia dapat melihat Farid mengangguk perlahan. “Aku banyak belajar daripada dia. Nyata, dua tahun bersamanya adalah untuk menjadikan aku, aku yang hari ini.”

“Kita sama-sama belajar daripada dia. Semoga Allah rahmati dia di akhirat sana.” Farid bersuara, sambil terus memandang horizon.
Bunyi ombak menghempas pantai mengisi ruang senyap antara mereka.

“Abah, abah!” Satu suara memanggil.

Dia dan Farid sama-sama menoleh. Seorang anak lelaki berumur 5 tahun, comel, berlari-lari mendapatkan Syakir. Terus merebahkan diri dalam pelukan Syakir.

“Anak saudara pakcik nak apa dengan Abah dia ni?” Farid menggeletek. Anak itu tertawa.

“Mukmin cari Abang Mujahid sebenarnya. Kenapa tak nampak dia?” Dia bersuara comel.

“Ah, Abang Mujahid ada di sana.” Syakir menunjuk ke arah batu karang besar yang terdapat pada hujung tunjukannya.

Kelihatan seorang anak lelaki, berumur 7 tahun, bersila dengan tenang sambil menghadap laut, dengan Al-Quran di tangannya. Mujahid Muntasir, itulah namanya.

“Mukmin perlahan-lahan ya pergi pada Abang Mujahid.” Syakir mengucup ubun-ubun Mukmin. Mukmin Muntasir nama penuhnya.

“Em.” Mukmin terus berlari-lari anak ke arah Mujahid.

Farid dan Syakir sama-sama memandang ke arah anak itu berlari.

“Mujahid sedang ulang hafalankah?”

“Mungkin. Bayangkan, pada umur 3 tahun sudah fasih membaca Al-Quran, saat  anak-anak lain pelat untuk berbahasa melayu. Umur 5 tahun sudah menghafal 5 juzu’ Al-Quran, dan sekarang dia sudah hampir menghafal 30 juzu’.”

“Aku tahu. Dia juga nampak amat matang. 7 tahun, tapi macam remaja belasan tahun.”

“Genetik ibu dia agaknya.” Syakir tersengih. Teringat Anum Sakeena.

“Naa, tarbiyah sebenarnya. Kau pun cerita, macam mana Anum masa mengandung. Penuh penjagaan, penuh pengisian. Makanan dijaga, ibadah dipertingkat. Itu semua memberikan kesan.” Farid sekadar tersenyum.

“InsyaAllah, Mujahid ini pasti akan membesar menjadi seorang yang hebat nanti.”

“Macam Abah dia.” Farid menyiku Syakir. Syakir sekadar tertawa. Siapa tidak kenal Dr Syakir Muntasir hari ini di Malaysia? Antara orang terkenal yang memberikan motivasi kehidupan kepada masyarakat melalui pelbagai medium. Radio, televisyen, internet. Juga mempunyai Syarikat Consultancy Sakeena, yang giat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti, juga keluarga-keluarga.

“Abang-abang sekalian, makanannya dah siap!” Satu suara lembut melaung.

Syakir dan Farid sama-sama menoleh ke arah suara itu.

Kelihatan Amalina, isteri Farid melambai. Di sisinya terdapat seorang anak lelaki. Anak itu bernama Hasyim Mursyidi. Berumur 4 tahun. Anak itu berdiri antara ibunya, Amalina, dan seorang lagi perempuan.

“Bidadari dah panggil, jom!” Bahu Syakir ditepuk. Mereka bingkas bangun.

Syakir dan Farid berjalan mendapatkan tiga manusia itu. Farid terus berpimpinan tangan dengan Amalina dan Hasyim. Manakala Syakir terus memaut pinggang perempuan yang lagi satu, sambil tersenyum senang.

“Mana Mujahid dengan Mukmin?”

“Itu. Kita kena pergi ambil mereka dulu. Jom?” Syakir menunjuk.

“Jom.”

“Gelaran Aisyah RH adalah Humaira’. Dan dia pernah lumba lari dengan Rasulullah SAW. Dare to race with me o Humaira’ Arisha?”
Terus Humaira’ Arisha berlari.

Game on Syakir Muntasir!” Humaira’ melambai tangan.

“Tak aci!” Syakir menjelir lidah, dan terus berlari mendapatkan Humaira’.

Nyata, selepas apa yang berlaku kepada Anum Sakeena, Humaira’ menunggunya. Bahkan tersentuh dengan Anum Sakeena, Humaira’ berhajat mencontohi perempuan itu. Yang telah berjaya melepasi sempadan cinta biasa.
Menjadikan cintanya cinta yang tertinggi dari segala manusia.

Syakir Muntasir tersenyum sendiri.

“Aku bersyukur dengan lompatan yang mengubah hidupku itu Ya Rabb.”
Lepaskan segala-gala, percayakan Dia!

Saturday, October 22, 2011

Rahsia Di sebalik bangun malam..

Setiap individu manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Kesilapan yang kita lakukan kadang-kadang tidak terkira banyaknya,termasuklah kesilapan pada Tuhan,ibu bapa,guru dan sesama maklhluk di muka bumi Allah ini.Kesilapan yang kita lakukan khususnya pada Yang maha Esa,akan meninggalkan titik-titik noda hitam dalam hati hambaNya. Akibatnya kita kian leka ...dengan kemaksiatan yang dilakukan.Bagi individu yang terpilih,hatinya pasti terasa tidak tenang,kosong dan dahagakan sesuatu.Maka,mulakanlah langkah baru,muhasabahlah diri kita sebagai hambaNya.Bertaubatlah,kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita sebagai hambaNya.

Mulakannya dengan bangun di tengah malam.Di saat orang lain dibuai mimpi indah,mintalah petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T.Tunaikanlah solat taubat.Menangislah kepada Yang Maha Kuasa dan merayulah kepadanya.Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan berazam tidak melakukan dosa yang sama lagi.Sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu keampunan kepada hambanya yang ikhlas berdoa

Keheningan malam itu dihiasi dengan zikrullah diiringi dengan tangisan keinsafan yang betul-betul membuai jiwa,terasa diri bersih ,suci,seolah-olah baru dilahirkan.Hati yang keresahan pasti menjadi tenang.Di dalam hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut yang mana menerangkan tentang keutamaan solat malam iaitu:

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya;
"Solat yang paling utama selepas solat wajib iaitu qiamullail atau solat di tengah malam"
(Riwayat Muttafaqun Alaih)

Jika kita bangun di tengah malam kemudian berwudhu' untuk mengerjakan solat malam maka terhindarlah daripada gangguan syaitan yang sentiasa menggoda dan menghancurkan kehidupan kita.Ni'mat Qiamullail ini hanya dapat dirasakan oleh orang-orang yang beriman dan mengerjakan solat malam atau ibadah di keheningan malam.

Dari Abu Hurairah ra.Rasulullah S.A.W bersabda,Maksudnya;
"Syaitan mengikat pada tengkuk tiap-tiap orang di antara kamu ketika tidur dengan tiga ikatan(simpul).Setiap simpul ditiupnya dengan ucapan:"Bagimu malam yang panjang dan tidurlah dengan lena".Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah,terlepaslah satu simpul,bila ia berwudhu',terlepaslah satu simpul lagi dan ketika ia mengerjakan solat,maka terlepaslah simpul yang terakhir,kemudian pada pagi hari ia semakin segar,bersemangat dan hatinya pun menjadi jernih.Jika tidak,maka di pagi hari jiwanya dilanda kebingungan dan malas untuk melakukan aktiviti" 

(Riwayat Muttafaqun Alaih)

Jadi jelaslah di sini betapa besarnya ni'mat di sebalik solat malam,saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 semua, marilah kita sama2 berusaha untuk bangun beribadah di keheningan malam kerana ni'mat ketenangan amat besar dirasai pada saat itu anugerah dari Illahi kepada hamba-hambaNya yang terpilih..


Friday, October 7, 2011

Kisah Cinta Fatimah dan Ali r.a

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar; ’Uthman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, bisik hati ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Thursday, September 29, 2011

Jangan Sakiti Rasulullah..



SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya, “Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka yang hidup.” (Riwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.
Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan
Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?
Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera
Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu’ara’ yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu ‘Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa’:15, al-An’aam:131, al-Syu’araa’, al-Nisaa’:165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba’:44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna ‘abi’ dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud ‘ayah’ kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW.
Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An’aam : 74). Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn ‘Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, “Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta’dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama’ Makkah, Al-’Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum’ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.
Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.


Friday, September 16, 2011

Dalam Sujudku...

“Jika ia baik untukku, untuk agamaku, untuk kehidupanku, kehidupan sekarang, kehidupan yang akan datang, baik untuk duniaku, baik pula untuk akhiratku, baik untuk keluargaku, maka dekatkanlah untukku, mudahkanlah jalan ku...tapi jika ia tidak baik untukku, untuk agamaku, untuk kehidupanku, kehidupan sekarang, kehidupan yang akan datang, tidak baik untuk duniaku, tidak baik pula untuk akhiratku, tidak baik untuk keluargaku, maka jauhkanlah aku daripadanya, hapuslah rasa yang mulai tumbuh di hati-hati ku, hapuslah ia dari pandanganku dari hatiku.
Jika ia bukan jodohku, bukan namanya yang tertulis dalam kitabku, maka jauhkanlah ia dariku, tapi jika ia jodohku, ia yang namanya tertulis dalam kitabku, maka dekatkanlah dgnku
Hati ini rapuh ya Allah, Engkau mengetahuinya dengan jelas..
Jangan biarkan hati ini hancur lagi dalam cinta yang sia-sia
Jangan biarkan aku terjerumus dalam perbuatan yang sia-sia
Perbuatan yang tidak Engkau ridhoi
Aku ingin mencintai sekali lagi saja
Mencintai seseorang karena Allah
Dia bener-2 yang mencintaiku karena Allah
Yang bisa menjadi imamku, guruku, sahabatku, suamiku, ayahku, pembimbingku,
Dia yang akan kujadikan dewa di dunia karena cintaku kepada Allah
Dia yang akan kulayani, kurawat karena cintaku pada Allah
Dia yang akan kuletakkan di atas kepalaku karena Allah
Pertemukanlah aku dengan sosok yang mencintaiku karena Allah
Ya Allah berikanlah aku keikhlasan dalam menerima dan menjalani setiap ketetapanmu
JAGALAH HATIKU YA ALLAH

Ya Allah Yang Maha Pengasih, Jadikanlah hitam ke putih tuk tentramnya hatiku...
Bantulah aku mengatasi hatiku
Janganlah Engkau jerumuskan aku setelah Engkau beri petunjuk

AMIN”

Thursday, September 8, 2011

Majlis Ta'lim Bulanan ...


Bertujuan memberi kemudahan kepada 
masyarakat Kuala Lumpur 
dan Selangor khususnya serta 
masyarakat Malaysia ‘amnya menimba 
ilmu ajaran agama Islam yang 
ditinggalkan dan diwasiatkan oleh
Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Huraian dari buku-buku karangan beliau 

akan disyarahkan 
dalam Bahasa Malaysia.

Alhamdulillah pada hari Ahad 21 November 2010, 

Majlis Ilmu bulanan yang selama ini diselaraskan 
di masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Ampang telah 
mengkhatamkan kitab 'Dakwah yang Sempurna 
dan Peringatan yang Utama' karangan 
Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.  
Setelah dipimpin 
oleh Tuan Guru kita yang juga Sang Penterjemah 
buku ini kedalam Bahasa Malaysia, 
Syed Ahmad bin Semait hingga beliau wafat 
pada 15 Julai 2006, maka disambung dan 
dikhatamkan pula oleh murid beliau 
Ustaz Najmuddin bin Othman Alkhered.  
Semoga mereka dirahmati Allah s.w.t.
Majlis bulanan seterusnya akan mengabungkan 
dua kitab karangan Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.  
Selepas solat Maghrib, sambungan huraian 
buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’ 
akan disyarahkan oleh Ustaz Ali Zainal Abidin Alhamid 
diikuti dengan permulaan huraian 
buku baru 'Penuntun Hidup Bahagia (Risalatul Mudzakarah)' 
oleh Ustaz Najmuddin bin Othman Alkhered selepas solat Isya'.  
Bagi mereka yang ingin memiliki senaskah buku ini, 
pihak kami akan mengedarkannya di majlis 
nanti dengan harga diskaun sebanyak RM 25.00 senaskah.
InsyAllah, majlis ini akan dilangsungkan 
seperti biasa pada Sabtu 24 September 2011 
mulai solat maghrib di Masjid Baitul Aman, 102, 
Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 
Untuk maklumat, buku Nasihat Agama dan 
Wasiat Iman memberi bimbingan penting 
untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari 
akidah Islamiah dan hukumhakamnya, 
serta ciri-ciri akhlak dan budi pekerti yang mulia. 
Ia juga menunjukkan cara-cara berdakwah ke 
jalan Allah Ta'ala, dan menunaikan hak kewajiban 
terhadap agama Islam dengan berdalilkan 
ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis.
Seterusnya, gabungan dua judul buku 
Petunjuk Thariqat dan Penuntun Hidup Bahagia 
membicarakan cara orang yang memilih yang 
bersih dari yang kotor dalam mengarahkan 
diri menuju ke jalan akhirat.  Bahagian kedua 
membincangkan perbezaan takrif 'hidup bahagia' 
antara insan umum dan ahli tasawuf iaitu 
mereka yang menganggap hidup bahagia 
bererti hidup aman sentosa sesudah mati. 
Maka Itu adalah kebahagiaan yang hakiki.
Agar kita diberi anugerah dari Allah s.w.t. 
dan mengambil peluang untuk menghadiri 
majlis ini selaku pedoman perjalanan kita ke akhirat.

Jadual ini akan diulangi pada minggu 

ketiga atau keempat setiap bulan yang 
juga akan dimaklumkan pada majlis semasa. 



















Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. 
Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, 
sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid. 





info ni ana ambil daripada                                          http://www.alhawi.net/announcements/MajlisTaalimBulanan 
..InsyaAllah semoga membawa manfaat kepada 
pencinta2 majlis Ilmu Rasulullah saw..