Friday, December 30, 2011

Penantian...

Alhamdulillah…sekurang2nya dpt melelapkan mata walau sekejap..lantas terus bangun mencari sumber ketenangan akhirnya ditemui di balik samar2 cahaya yang sedikit menyelinap masuk melalui ruang2 kecil itu..usai mengenal kondisi diri yang seakan-akan semakin layu, pandangan juga menjadi semakin kabur, usahkan dikira menggeletar tubuh badan yang semakin lemah, lantas kalimat2 keagungan Allah swt tanpa henti menitip dari bibir yang seakan-akan terkumat-kamit..Allahuakhbar, diri pula seakan-akan cuba menguatkan, hati seakan-akan cuba menenangkan, fikiran seakan-akan cuba meneutralkan keadaan..ya, inilah kafarah dari Allah swt..mata cuba dilelapkan semula berkali-kali namun masih gagal..ku tatap wajah sahabat-sahabat seorang demi seorang, mana tau boleh dapat tidur, tapi xberkesan langsung..seolah-olah runsing dan hilang perasaan nak memejamkan mata..
Dalam keadaan itu, diri cuba menguatkan, akhirnya laptop kubuka dgn perlahan2..ingin dicoretkan sedikit perkongsian yang boleh jadi ianya buat kali terakhir utk diri ana sekiranya selepas ini tdk diberi kesempatan lagi oleh Allah swt..”Penantian”….penantian secara harfiahnya atau secara sinonimnya boleh juga menjadi “menunggu sesuatu”..xkisahla sama ada menunggu perkara yang pasti ataupun menunggu suatu hal yg x pasti..ya, inilah penantianku..banyak yg ana menanti sebenarnya dan kalau nak dicoretkan di sini memang xkan cukup semalaman menaip..biarlah apa yg kalian cuba menafsirkan apa yg sedang ana tunggu kerana stp manusia punya hak untuk menginterpretasi setiap kata-kata org lain..
Penantian bagi sebuah jawapan di sebalik hikmah itu lebih ana tunggu..ya, kerana apabila kita yakin ada hikmah disebalik hal itu, pasti suatu saat nnti Allah akan buka hijab hikmah tersebut..namun, kalau nak difikirkan semula penantian bagi sebuah jawapan itu adalah blm pasti..mungkin jawapan itu xkan diberikan mengikut kehendak masa kita, atau mungkin juga jawapan itu tidak sama langsung dgn harapan kita..itulah hikmah kedua yg perlu kita lihat dari aspek positifnya..tentu sekali amat sukar utk diterima namun berbaliklah kepada firman Allah swt yang bermaksud “…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216).. SubhanAllah, biarkan dgn jawapan itu sama ada serupa dgn yg diharapkan atau tdk..kalau serupa dgn apa yg diharapkan SYUKUR, tapi kalau tdk berbaliklah kpd firman Allah seperti di atas tadi..

PENANTIAN YANG PASTI..
“Kematian”..ha, inilah penantian yang ana tunggu-tunggu..sebuah penantian yang pasti berlaku serupa dgn yang kita hrpkan..cumanya, yang xkan serupa dgn yg kita hrpkan ialah adakah kematian kita itu dlm keadaan husnul khotimah ataupun su’ul khotimah..seperti mana dlm firman Allah swt yang bermaksud  Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali 'Imran ayat 185)..
Ingatlah wahai sahabat2ku, sehebat manapun kita, sebesar manapun rumah kita, seberapa banyak mana pun harta kita,  seramai manapun isteri dan anak-anak kita (bagi yg dah bernikah dan mempunyai isteri yg ramai atau seorg serta yg dah ada anak shja, yg belum nikah xtermasuk.), setinggi manapun pangkat kita atau yang seangkatan dgnnya, igtlah wahai sahabat bahawasanya kita akan kembali kepada Allah hanya dgn amal perbuatan kita shja..segala semua benda dan prkara yg ana sebut kat atas tadi tu kita akan tinggalkan macam tu je..nak bawak masuk kubur sekali????oh, no way bebehhh...nak buat apa??igt, dlm kubur xde highway nk drive kereta, dlm kubur xde lot tanah nak diletakkan rumah kita yg besar tu, dlm kubur kita nanti xde bank nak simpan duit kita byk2, kat dalam kubur nanti xde pangkat2 perdana menteri, menteri, yang berhormat dan seangkatan dgnnya..yang ada cuma ruang empat segi berlantaikan tanah, berdindingkan tanah dan hanya bertemankan caacing tanah..ruang yang 7 kaki panjang, 3 kaki lebar dan 7 kaki dalam itu hanya mampu memuatkan jasad kita yg terbujur kaku itu shaja..itulah rumah kita..Allahuakhbar...


Jujur, apa yang ana tulis ini adalah untuk muhasabah diri..bila mana kita berada dlm keadaan SAKIT inilah Allah akan membuka hati kita untuk igt kpd mati..itulah fitrah asal manusia..padahal, sepatutnya setiap saat, setiap detik kita wajib mengingati mati kerana kita xtau bila masa yang tlh Allah tetapkan untuk kita kembali kpdNYA..Alhamdulillah, bersyukurlah apabila ditimpa KESAKITAN kerana disebalik kesakitan itu ada KENIKMATAN jika manusia itu bijak melihatnya kembali kepada Allah swt yang memberikan kesakitan itu..namun ada juga manusia yang apabila ditimpa kesakitan malah semakin jauh daripada Allah kerana sering menyalahkan Allah swt..na’uzubillahi min zaliq..
InsyaAllah, mudah-mudahan kesakitan ini xberpanjangan dan melarat di minggu-minggu yang semakin getir dgn peperiksaan akhir semester..mohon keberkatan doa daripada mak ayah yang sentiasa dititipkan buat kita..tanpa mak ayah kita, pasti kita xkan berada di atas muka bumi Allah ni..selawat dan salam juga buat Baginda Nabi saw, kekasih Allah swt yang ana kagumi..para alim ulama dan seluruh umat islam yang ada di atas muka bumi Allah ini sekalipun yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia, semoga Allah swt merahmati kalian dan kita seluruhnya..
Ana mohon kemaafan kepada kalian sekiranya ada kesalahan dlm tutur kata, terlajak bicara, yg membuat hati kalian terluka, termasam muka, termakan harta benda, ana mohon dimaafkan dan dihalalkan segalanya..takut2 inilah nukilan terakhir dan sekiranya xlagi diberikan kesempatan untuk mencoretkan di sini sekurang2nya ini boleh mengurangkan beratnya timbangan dosa diri yg hina ni..
wallahu ta’ala a’lam..semoga bermanfaat.. 

sabar menanti sebuah jawapan...

Muhammadsyafik.blogspot.com

2 comments:

  1. "saya bersedia mendengar apa jua masalah yang ingin diluahkan walaupun ia akan menambahkan kesedihan saya sendiri asalkan orang itu benar2 berasa lega..."~ Dr Yusof Qardhawi

    p/s: aku tetap akan bersamamu wahai sahabat..aku akan tetap mendoakanmu kerna kau adalah sahabatku..semoga dirimu terus kuat..aku memahami kondisimu kerna aku juga pernah melaluinya..aku bangga denganmu wahai sahabat, kerana dirimu seorang yang kuat..tetap melangkah walau badai melanda..bawalah aku juga melanda badai itu, janganlah engkau melaluinya seorang diri...kerna apa? kerna kau adalah SAHABATKU..mungkin secara zahir kau nampak aku seperti tidak ambil peduli tp sebenarnya jauh disudut hati memikirkan kondisi sahabat2 walau kondisi diri menjadi taruhan..ayuh sahabat...pimpin tangankuu dan sama2 kita menempuh badai yang melanda..kuatkan semangatmu..~

    ReplyDelete
  2. syukran ya sahabat..xpa, insyaAllah setakat saat ini ana mampu mengharunginya lg..doakan agar kesihatan cepat pulih sprti sedia kala..

    ReplyDelete